KL CHRONICLE: Calon BN J. Dhinagaran antara "favourite" di DUN Bagan Dalam #BersamaBN #TolakPH #GelombangBiru

Saturday, April 28, 2018

Calon BN J. Dhinagaran antara "favourite" di DUN Bagan Dalam #BersamaBN #TolakPH #GelombangBiru


BAGAN DALAM – Sikap ‘berpindah-randah’ oleh DAP setelah menang sesuatu kawasan sebelum dibiarkannya terabai sehingga pilihan raya baharu mungkin antara penyebab utama mengapa rata-rata pengundi muak dengan parti itu.

Antara kawasan yang dibiarkan ‘terumbang-ambing’ selama hampir lima tahun kebelakangan ini ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam yang majoritinya adalah Cina sebanyak 51 peratus di ikuti India 25 peratus manakala Melayu  21 peratus.



Ini sekaligus telah memberikan ruang positif kepada muka baharu calon Barisan Nasional (BN) dari MIC bagi kerusi Bagan Dalam, J. Dhinagaran yang sudah mula turun padang sejak tiga tahun lepas.

Wajah Dhinagaran bukan lagi asing dalam kalangan penduduk Bagan Dalam tidak kira kaum kerana sikap rajin, murah hati dan prihatinnya sehingga rata-rata sesekali tersalah tafsir siapa sebenarnya Adun kawasan itu.

Penyandang terdahulu, A. Thanasekharan dari DAP yang menang besar selama dua kali berturut-turut berikutan lambang ‘roket’ daripada masyarakat Cina sebenarnya jarang sekali turun kawasan memantau keperluan serta kebajikan masyarakat setempat.

Beberapa penduduk yang di temui di sekitar Bagan Dalam juga turut membuat aduan tentang sikap acuh tidak acuh Thanasekhran yang kini sudah digugurkan dan mencalonkan nama lain.

Gelombang penolakan kerajaan BN dan penerimaan pembangkang begitu kuat sekali ketika itu sehingga menyebabkan rata-rata pengundi hanya mahu mengundi demi keinginan untuk menukar kerajaan tanpa memikirkan implikasi.

Dhinagaran bersama masyarakat India Bagan Dalam.

Malah, sentimen pengundi Cina berdasarkan maklumat yang diterima daripada penyelaras parti yang turun padang, sambutan daripada pengundi Cina tidak lagi seteruk PRU lepas.

Dhinagaran, 45, yang mempunyai perwatakan lemah lembut dan tidak bermegah diri itu sebenarnya memasang angan angan tinggi untuk membantu memperjungkan kebajikan rakyat terutamanya yang dalam keadaan daif.

“Hanya melalui politik, kita akan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan penting demi kebaikan rakyat. Kesian mereka, daripada pengamatan saya, ramai di luar sana yang memerlukan pelbagai jenis bantuan tetapi kadamg-kadang mereka tidak tahu bagaimana.

“Pemimpin politik seperti kita mampu mengubah nasib golongan ini seandainya benar-benar ikhlas dan mempunyai keprihatinan untuk membantu. Saya dabik dada mengatakan dari dalam kalangan itu.

“Saya tidak mahu bercakap tentang keburukan atau kelemahan pihak lawan sebaliknya saya berikrar untuk melakukan yang terbaik untuk pengundi Bagan Dalam seandainya menang kelak.

“Rata-rata penduduk dan pengundi di sini sangat mengenali saya kerana kawasan ini tidak besar mana dengan jumlah pengundi sebanyak 18,340 orang. Kecil dan padat.

“Saya sudah berada di sini selama bertahun-tahun dan ketika itu tidak ada sesiapa pun meminta saya untuk turun padang sebaliknya keinginan untuk membantu mereka. Saya juga berikrar untuk terus berkhidmat selagi boleh dan mereka di sini sangat kenal saya dan impian saya,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Dhinagaran yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) menghadapi pertembungan empat penjuru melibatkan DAP, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Bersama Malaysia (MU) setakat ini.

Pulau Pinang yang sudah berada di bawah pemerintahan DAP sejak dua penggal lepas dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Harapan tetapi pada masa sama juga tidak menidakkan peluang BN menambah bilangan kerusi, baik negeri mahu pun parlimen di negeri itu.

Walaupun ramai sudah meramalkan kesukaran untuk BN menang di Pulau Pinang dan jika dilihat di atas kertas hampir mustahil untuk BN merampas semula negeri itu namun masyarakat juga sudah semakin hari semakin celik.

Mungkin kali ini, kerusi N09 Bagan Dalam mampu menjadi milik MIC melalui Dhinagaran yang satu ketika dulu merupakan kubu parti parti tertua dan terbesar masyarakat India di negara ini. – MalaysiaGazete

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget