Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana dengan jayanya telah memberi 300 orang pemandu teksi lesen individu melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Untuk pengetahuan pembaca, apabila pemandu teksi mendapat lesen individu, mereka sudah tidak lagi terikat dengan sistem pajak melalui syarikat - syarikat teksi.
Apa itu sistem pajak?
Sistem pajak ini merupakan satu sistem "perhambaan moden" dimana syarikat teksi mendapat terlalu banyak lesen teksi dan memajak lesen ini kepada pemandu - pemandu yang memerlukan pekerjaan. Setiap pemandu teksi dipaksa pula untuk menyewa teksi dan lesen setiap hari dengan harga yang tidak masuk akal. Jika pemandu teksi sakit atau sebagainya, mereka tetap perlu membayar sewa teksi dan lesen.
Lebih menyakitkan hati adalah akhirnya teksi yang mereka sewa itu tidak pun menjadi milik mereka tetapi tetap menjadi milik syarikat. Namun semua ini mula bertukar apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak, pada Tahun 2012 mengumumkan bahawa kerajaan akan membantu pemandu - pemandu teksi yang ditindas oleh syarikat teksi yang memonopoli lesen teksi.
Melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang dilancarkan, adalah menjadi aspirasi kerajaan Barisan Nasional melalui SPAD untuk memberikan lesen teksi individu kepada pemandu teksi. Ini bermaksud pemandu teksi adalah "bos" dan kereta yang mereka gunakan untuk membawa teksi adalah milik mereka sendiri. Secara teori, jika pemandu teksi itu bekerja keras, pendapatan mereka juga akan bertambah.
Lebih cantik lagi, mereka tidak perlu membayar sewa pajak teksi dan lesen kepada syarikat pajak yang ambil untung atas angin sahaja. Bukankah ini satu perkara yang bagus yang dilakukan oleh kerajaan BN? Baca kenyataan media penuh SPAD dibawah:
==================================================================
KENYATAAN MEDIA
SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA KUMPULAN PEMANDU TEKSI YANG KELIMA DIBAWAH TITP
74 Pemandu Turut Menerima Bantuan Geran Tunai Kerajaan Sebanyak RM5,000
74 Pemandu Turut Menerima Bantuan Geran Tunai Kerajaan Sebanyak RM5,000
KUALA LUMPUR, 20 Mac 2018 – Seramai (300) pemandu teksi telah menerima lesen individu hari ini daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan bagi mempertingkatkan industri teksi untuk menjadi lebih responsif kepada kuasa pasaran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang telah menyempurnakan majlis tersebut, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Tambah beliau, pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini.
Kumpulan kelima penerima lesen individu pada hari ini telah melalui proses saringan yang ketat oleh Suruhanjaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan SPAD. Penerima lesen individu kumpulan kelima ini terdiri daripada 159 pemandu teksi dan 142 pemandu kereta sewa.
Daripada jumlah itu, 52% pemandu adalah daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan, 24% daripada Pulau Pinang dan Pulau Langkawi, dan 23% daripada Melaka dan Johor Bahru. Tambahan lagi, 74 daripada penerima lesen individu pada kali ini turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017.
Sejak dilaksanakan, seramai 2,493 pemandu teksi telah menerima lesen individu dan sebanyak 82 Geran Tunai kerajaan yang bernilai RM410,000 telah diberikan kepada pemandu teksi yang layak. (Bilangan ini adalah setakat 3 Jan 2018.)
Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada Julai 2017 akan membolehkan penyeragaman peraturan syarat-syarat sewa pajak yang akan dikawal selia oleh SPAD. Ini termasuk peruntukkan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama, dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak.
Pindaan undang-undang bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 telah pun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat pada akhir Julai lalu dan akan diwartakan pada suku ke 2, 2018.
Untuk maklumat lanjut mengenai TITP, sila rujuk www.spad.gov.my/ms/pusat-media/kenyataan-media/2016/spad-memperkenalkan-perancangan-untuk-mempertingkatkan-industri atau hubungi SPAD (Hotline: 1-800-88-7723 atau titp@spad.gov.my)
1 comment:
KABAR BAIK
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
Post a Comment