KL CHRONICLE: @VellPaari : BN tak buat apa-apa untuk kaum India? Jangan tipulah #kltu #jbtu #penangtu #Negaraku #Malaysia

Sunday, February 4, 2018

@VellPaari : BN tak buat apa-apa untuk kaum India? Jangan tipulah #kltu #jbtu #penangtu #Negaraku #Malaysia


Pembangkang dibidas kerana berterusan menipu rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah ‘menyumbang apa-apa’ kepada masyarakat India selama ini.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata, sebelum pembangkang mempersoalkan perkara itu mereka sepatutnya perlu lihat dahulu apa sumbangan mereka kepada orang India selama ini.



Merujuk kenyataan Ahli Parlimen Sungai Siput,  Dr. Michael Jeyakumar baru-baru ini yang mengkritik usaha  Amanah Sahan 1Malaysia (AS1M) oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),  Vell Paari menganggap  Jeyakumar banyak ‘tertinggal’ maklumat.

Ia termasuk maklumat berkaitan kumpulan B40 dimana kerajaan telah memperuntukkan pembiayaan khas RM500 juta bagi tempoh lima tahun dalam bentuk skim pinjaman tanpa faedah.

“Baru-baru Jeyakumar mengkritik usaha kerajaan BN kononnya AS1M tidak banyak memberi manfaat kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah B40, kononnya mereka tiada kepentingan.

“Mungkin beliau telah tertinggal maklumat penting sebanyak RM500 juta peruntukkan pembiayaan khas dalam bentuk skim pinjaman tanpa faedah bagi 100,000 keluarga B40 yang telah diumumkan pada bajet lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jangan hanya keluarkan kenyataan hanya kerana mahu lantang membangkang, jangan sengaja tertinggal maklumat penting seolah-olah mahu kelirukan rakyat,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Tambah Vell Paari, Jeyakumar juga turut mengkritik dan memberi cadangan agar kerajaan lebih fokus dalam menyelesaikan isu perumahan rakyat daripada meminta golongan tidak berkemampuan untuk membeli saham seperti AS1M.

“Adakah anda tahu tentang usaha yang telah dilakukan dan sedang dilaksanakan oleh kami?

“Mungkin anda lupa, di Jinjang Utara diberikan rumah selepas hampir 20 tahun menanti di bawah projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Aman pada September lepas.

“Rumah-rumah itu hanya berharga RM35,000 dan kerajaan memberi subsisdi sebanyak RM100,000. Bagaimana pula dengan 400 keluarga India kawasan Prang Besar, Galloway, Sedgley dan Medengley estet diberikan 400 buah rumah dengan peruntukan hampir RM60 juta.

“Bagi isu Kampung Buah Pala pula, kerajaan BN telah menyediakan 18 buah rumah dua tingkat yang bernilai hampir RM220,000 setiap unit di Taman Sejahtera Indah, Teluk Air Tawar.

“Pada pendapat anda, mengapa agaknya kerajaan menyediakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dibina di kawasan strategik di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM100,000 hingga RM400,000 untuk kumpulan tidak berkemampuan terutama masyarakat India,” tegasnya.

Dalam pada itu, Vell Paari turut memaklumkan usaha yang kerajaan yang cuba menyelesaikan masalah dokumentasi yang dihadapi oleh komuniti India.

“Antara 2010 sehingga 2015 di bawah MyDaftar, kemudian di bawah kempen Mega MyDaftar  sehingga 2017, kita telah menerima 12,726 permohonan.

“Daripada itu, kita telah selesaikan 7,049 kes. 4,974 pula dalam proses. Adakah Jeyakumar tidak tahu?

“Jadi mengapa masih bercakap dan mengelirukan masyarakat seolah-olah kita tidak lakukan apa-apa untuk masyarakat India? Cukuplah, sekadar mendapatkan undi, jangan terus menipu rakyat,” tegas beliau.

Vell Paari mempersoalkan apakah jenis bantuan dan sumbangan oleh pembangkang untuk masyarakat India selama ini.

“Apatah lagi ada beberapa negeri di bawah mereka, apakah sumbangan mereka? Usaha yang dilakukan untuk membantu golongan B40? Jangan hanya membangkang sahaja, cukuplah,” ujarnya.- MalaysiaGazette

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget