KL CHRONICLE: PM @NajibRazak : Dimana boleh, saya akan hapuskan tol #KekalNajib #KN #kltu #jbtu

Saturday, February 24, 2018

PM @NajibRazak : Dimana boleh, saya akan hapuskan tol #KekalNajib #KN #kltu #jbtu



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan kutipan tol dalam bandar sebagai menyakitkan hati dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.


“Saya tidak percaya kalau kita kenakan tol setiap hari, ianya baik untuk rakyat. Kalau Lebuhraya Utara-Selatan atau Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, ya, bayar tol sekali-sekala. Tetapi kalau bayar tol hari-hari, dua kali, empat kali, sesiapa pun sakit hati,” kata PM Najib ketika berucap di sesi perkongsian Bajet 2018 Bersama Rakyat di Pusat Perubatan UKM (HUKM) di ibu negara di sini hari ini.
“Pemimpin terdahulu sangat percaya dengan (keberkesanan) tol. Saya tidak suka tol. Sebab itu Lebuhraya Pan Borneo tiada tol demi penduduk Sabah dan Sarawak, juga Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam, Eastern Dispersal Link, dan tol Cheras sebelum ini, kita mansuh," tambahnya.

Beliau turut berkata akan berusaha untuk memansuhkan tol di mana-mana kawasan yang sesuai.

“Di mana yang boleh, saya akan hapuskan tol.
“Menyakitkan hati dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kita boleh lakukannya (hapuskan tol) kerana saya perlu betulkan keputusan- keputusan yang dibuat pentadbiran terdahulu,” kata PM Najib.

2 comments:

Anonymous said...

http://www.bicara.news/peluang-terakhir-robert-kuok-menukar-kerajaan/


CAMNER CINA YG KAYA RAYA MENGHANCURKAI MELAYU ..... MASA UNTUK HAPUSKAN

TAIKUN CINA KEPARAT......

Anonymous said...

Suruh bos bahalol kau hapuskan dulu tol terbesar dan terzalim namanya GST. .24x7 365 hari setahun kerat cukai tak kira anak yatim, org cacat, ibu tunggal org miskin.. Buka sikit minda pakai akal ko pencacai najib razak

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget