Friday, February 2, 2018

Pertembungan Wee Ka Siong vs. Lim Guan Eng bukti DAP semakin takut dengan MCA #kltu #jtbu #penangtu #Negaraku #Malaysia


Buat masa kini, pertembungan antara Lim Guan Eng dengan Wee Ka Siong ialah sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi kenyataan tidak benar bahawa CRCC ialah pemegang saham di dalam SPV dan bukannya setakat kontraktor dan menipu rakyat Pulau Pinang yang fikir projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat yang mempunyai kewangan dan pengetahuan teknikal kukuh.

Hari ini, kedua-dua pihak bersetuju bahawa CRCC bukannya pemenang saham dan sebuah lagi syarikat gergasi iaitu BUGC juga tidak lagi sebagai pemegang saham di dalam projek terbabit.

Apa yang menarik dari perkembangan ini?



Dengan satu perkataan yang mudah, jika BUCG dan CRCC bukan lagi pemegang saham, maka tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah menganugerahkan projek bernilai RM6.34 bilion kepada sebuah syarikat baru ditubuhkan dalam masa 3 bulan dan modal berbayar cuma RM300 ribu pada masa itu.

Inilah asas kepada perbalahan antara Guan Eng dengan Ka Siong pada masa kini.

Ini membawa kepada tuduhan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah memberikan gambaran tidak benar untuk membenarkan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan untuk mendapat kontrak di dalam projek mega tersebut.

Ini sudah tentu membawa suatu persoalan sama ada keputusan ini telah melanggar peraturan Permohonan Cadangan yang memerlukan syarikat yang menang mesti mempunyai rekod kewangan yang baik, keupayaan teknikal dan kewangan yang kukuh sekurang-kurangnya RM381 juta modal berbayar.

RM300 ribu pada masa tersebut adalah terlalu rendah dari syarat yang diperlukan iatu RM381 juta.

Lihat tarikh Permohonan Cadangan dan tarikh pendaftaran syarikat.

Permohonan Cadangan awal telah dilakukan pada 14 November 2011, tetapi syarikat pembinaan Zenith selaku pemegang saham terbesar di dalam Consortium Zenith hanya didaftarkan pada 22 Ogos 2011 dengan modal berbayar RM300,000.

Permohonan Cadangan yang rasmi telah dibuat pada 6 Julai 2012 tetapi Consortium Zenith, Special Purpose Vehicle didaftarkan sehari sebelum tarikhnya iaitu pada 5 Julai 2012 dengan modal berbayar RM10,000.

Apakah sebab kelewatan sehingga beberapa tahun untuk menyediakan laporan penuh bernilai RM305 juta tersebut serta juga kegagalan memulakan pembinaan jalanraya kerana masalah kewangan atau ketiadaan kepakaran teknikal?

Eric-See-To

No comments:

Post a Comment