KL CHRONICLE: Menjelang PRU - 14, Lim Guan Eng guna isu perkauman untuk serang MCA #kltu #jbtu #Penangtu

Tuesday, February 20, 2018

Menjelang PRU - 14, Lim Guan Eng guna isu perkauman untuk serang MCA #kltu #jbtu #Penangtu



Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan telah mengeluarkan satu kenyataan dengan menyerang MCA kerana konon-nya "hipokrit" sebab tidak bertanding di kawasan majoriti Cina pada PRU yang akan datang.

Memetik kata - kata Lim Guan Eng;



_“For the first time, all the three most important leaders of MCA from president, deputy president and secretary-general will be depending on Umno’s votes to get elected as MP and then to become a Minister,”_

_“Are MCA leaders not ashamed that they do not practice what they preach by not contesting in seats with more than 50 per cent Chinese voters?”_

Pertama sekali, suka kami di #KLChronicle mengingatkan Lim Guan Eng bahawa zaman untuk menggunakan isu perkauman bagi mendapat sokongan masyarakat tertentu sudah lama berakhir. UMNO dan Barisan Nasional sejak PRU - 13 sudah mendokong prinsip 1Malaysia dimana semua rakyat didahulukan, dan pencapaian diutamakan.

Keduanya, MCA tidak patut langsung rasa malu apabila mereka bertanding di kerusi majoriti Melayu. Ini kerana telah terbukti bahawa bukan sahaja Melayu, malah semua kaum menyokong MCA didalam PRU. Ini sekaligus menjadikan MCA sebuah parti yang diterima oleh semua kaum. Contoh terbaik adakah kejayaan MCA di Bentong, Ayer Hitam dan Tanjung Malim.

Ini berbeza dengan DAP yang hanya mendapat sokongan 90% masyarakat Cina tetapi ditolak oleh masyarakat Melayu. Kerana gagal mendapat sokongan orang Melayu, DAP kini menggunakan Dr. Mahathir bagi memastikan agenda "Melayu Screw Melayu" berjaya.

Ketiga, dengan menghina MCA kerana bertanding di kerusi majoriti Melayu, DAP telah membuktikan bahawa mereka memang merupakan parti yang tidak memerlukan sokongan orang Melayu. Apa yang penting bagi DAP adalah sokongan Cina sahaja dimana usaha untuk mendapatkan sokongan Melayu di "sub-contract" kepada PAN & Parti Bunga. 

Bagi kami, nampak gayanya DAP nampaknya masih tidak "move on" dan masih menggunakan isu kaum, terutamanya menggunakan kaum Cina sebagai "senjata" DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional. DAP menjadikan MCA dan seterusnya Barisan Nasional sebagai musuh orang Cina hanya bagi memastikan DAP terus mendapat sokongan dari puak ini. 

Sikap DAP yang suka meracun pemikiran masyarakat Cina akhirnya akan memudaratkan keharmonian kaum dan agama yang telah lama dikecapi dibawah kerajaan BN. Adakah kita mahu keharmonian kaum dan agama kita hancur hanya kerana kerakusan DAP merampas kuasa dari Barisan Nasional?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget