KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD adakan Advokasi Keselematan bersempana Tahun Baru Cina #kltu #jbtu

Saturday, February 17, 2018

#DemiRakyat SPAD adakan Advokasi Keselematan bersempana Tahun Baru Cina #kltu #jbtu


Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana telah berjaya melaksanakan program Advokasi Keselamatan Bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina bertempat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 15 Februari 2018 yang lalu. Bagi kami di #KLChronicle, tinjauan SPAD ke TBS ini amat singnifikan sekali kerana ianya memberi peluang kepada pegawai serta anggota SPAD untuk melihat dan mendengar sendiri dari pengguna tentang perkhidmatan di TBS. 




Lawatan advokasi ini telah diketuai oleh Encik Zamri Mahmud, Ketua Bahagian Pengangkutan Awam Jalan Raya dimana beliau turut meninjau operasi penjualan tiket bas ekspres di terminal berkenaan.Umum ketahui bahawa ketika musim perayaan, antara masalah utama yang dihadapi pengguna adalah berkaitan dengan isu penjualan tiket haram oleh ulat - ulat tiket. Kadang kala harga tiket yang dijual langsung tidak munasabah.


Bagi mengatasi masalah ini, semasa lawatan advokasi yang dilakukan oleh SPAD, satu risalah “Hak Anda Sebagai Pengguna” turut diedarkan kepada penumpang-penumpang bas ekspres beserta ‘goodie bag’. Bagi kami di #KLChronicle, sebagai pengguna kita harus mengetahui hak - hak kita supaya kita tidak ditipu mahupun diambil kesempatan oleh mereka - mereka yang tidak bertanggungjawab. Terutamanya pihak syarikat bas ekspresss. 


Untuk maklumat lanjut tentang segala aktiviti SPAD, pembaca boleh layari laman facebook mereka di sini : https://www.facebook.com/SPAD.my/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget