KL CHRONICLE: @AKaprawi : Ringgit Mengukuh Tanda Keberjayaan Dasar Ekonomi Kerajaan Barisan Nasional #Negaraku #kltu #jbtu #Malaysia

Thursday, February 1, 2018

@AKaprawi : Ringgit Mengukuh Tanda Keberjayaan Dasar Ekonomi Kerajaan Barisan Nasional #Negaraku #kltu #jbtu #Malaysia


*Ringgit Mengukuh Tanda Keberjayaan Dasar Ekonomi Kerajaan Barisan Nasional*


1. Kali terakhir saya melihat kadar pertukaran matawang Ringgit Malaysia berbanding USD adalah pada kadar yang tertinggi sejak April 2016 iaitu pada kadar 3.8853 berbanding USD.

2. Ringgit Malaysia juga mendapat kedudukan pertama antara kesemua matawang Asia yang mengukuh berbanding USD dengan kadar peningkatan 4.14%. Matawang Thailand, Baht pula menduduki kedudukan kedua dengan peningkatan 3.6% manakala matawang Jepun, Yen di kedudukan ketiga dengan 3.36%.



3. Pakar ekonomi Affin Hwang Investment Bank juga memberi komen bahawa pengukuhan Ringgit Malaysia adalah refleksi kepada keadaan ekonomi negara yang bertambah baik.

4. Saya amat bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang membuat keputusan tegas untuk tidak menambat matawang negara seperti mana yang pernah dilakukan pada tahun 1998/1999.

5. Saya percaya, tindakan untuk menambat matawang memperlihatkan kelemahan negara dalam bertindak secara tuntas terhadap memperbaiki ekonomi negara berikutan krisis penurunan harga minyak pada tahun 2015.

6. Sekiranya penambatan matawang dilakukan, pelabur dan pasaran global akan hilang keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan kebanyakan projek mega yang dirancang oleh Kerajaan tidak mampu untuk dilaksanakan.

7. YAB Perdana Menteri juga telah memaklumkan di dalam Mesyuarat MT UMNO yang terkini bahawa selain ringgit yang mengukuh, kadar pertumbuhan KDNK juga tinggi, Bursa Saham berada di paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, kadar inflasi yang rendah dan terkawal serta kadar pengangguran di sekitar empat peratus.

8. Kesemua indikator ini adalah bukti kepada kejayaan dasar-dasar yang dijalankan Kerajaan Barisan Nasional yang hasilnya dapat dinikmati pada hari ini.

9. Ini sekaligus mewujudkan suasana keyakinan perniagaan dan pengguna yang lebih tinggi mengikut laporan yang telah dibentangkan sebelum ini.

10. Bank Dunia juga memberi laporan bahawa ekonomi Malaysia berkembang daripada kedudukan kukuh dan menjangkakan pertumbuhan sihat bagi tahun 2018.

11. Saya bersama-sama rakan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang lain menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk menjadikan 2018 sebagai tahun kejayaan dan keberhasilan mengagumkan.

12. Ini adalah komitmen berterusan dan tidak berbelah bahagi barisan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan negara Malaysia akan terus maju dan menjadi harapan pasti untuk masa depan rakyat dan negara.

--TAMAT--

*Aziz Kaprawi*
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
Ahli Parlimen Sri Gading
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading

1 comment:

Anonymous said...

Sejak penghujung 2017, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH mula menjadi perbualan dalam kalangan pemerhati politik negara sehingga menjadi tajuk berita beberapa media tempatan dan antarabangsa.

Seiring dengan perkembangan politik itu, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga pada 5 Januari lalu nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.

Aliran positif itu terus kekal apabila pada 7 Januari, Pakatan pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, keadaan itu dapat dilihat sebelum ini bahawa keyakinan pelabur terhadap ringgit agak goyah.

“Ini tidak boleh dinafikan. Ada tanggapan keberanian Pakatan Harapan mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri menggembirakan pelabur asing.“Kita boleh jangka jika Pakatan Harapan menang, pelabur akan lebih berminat melabur di Malaysia.“Bermakna pelaburan asing langsung ke Malaysia dijangka melonjak. Reaksi awal pelabur asing memang begitu, mereka gembira dengan pengumuman itu,” katanya seperti dilapor Selangor Kini.
http://www.malaysianupdate.com/2018/01/mahathir-calon-pm-gembirakan-pelabur.html


Sebelumnya pada pada 2015 Dr Rosli Yaakob kerap mengkritik pentadbiran Najib dalam beberapa kenyataannya.

Beliau berkata kurang keyakinan di kalangan pelabur luar negara antara faktor utama kejatuhan nilai ringgit sekarang.

beliau menyatakan ada beberapa faktor yang disebut sebagai ‘bukan fundamental’ yang menyebabkan nilai ringgit terjejas.

Antaranya adalah seperti pelabur luar kurang berkeyakinan terhadap kepemimpinan negara selain krisis skandal syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai hutang RM42 billion.

“Kurang keyakinan dan skandal 1MDB yang berhutang RM42 billion ini mungkin memberikan kesan psikologi kepada pelabur luar negara,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan berkenaan kebaikan kejatuhan ringgit beliau berkata, kejatuhan nilai ringgit mungkin boleh merancakkan industri pelancongan negara apabila Malaysia dikenali sebagai satu destinasi yang murah.

“Akan tetapi, faktor keselamatan dalam negara juga perlu diambil kira bagi memastikan industri pelancongan negara meningkat.

http://v2.ismaweb.net/2015/08/pelabur-tak-yakin-antara-punca-ringgit-jatuh-dr-rosli-yaakob/




Azman Americana at 22:31

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget