Sunday, January 28, 2018

Usaha Lim Guan Eng guna Sekolah Cina untuk menyerang Wee Ka Siong nampaknya gagal! #Negaraku #Malaysia


Umum ketahui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang menhadapi dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kini terpalit dengan satu lagi skandal iaitu projek RM 6.3 Billion terowong dasar laut dan tiga (3) jalan utama  Pulau Pinang.

Sumber : https://www.bharian.com.my/node/169899



Telah banyak pembongkaran kes ini dilakukan terutamanya dari pemimpin - pemimpin Barisan Nasional seperti Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong. Pada awal bulan ini sahaja, sudah beberapa video dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong yang mendedahkan kepincangan serta kelemahan urus tadbir kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga menyebabkan dua parcel tanah bernilai tinggi telah jatuh ke tangan pemaju. 


Menyedari bahawa pembongkaran skandal dan kelemahan urus tadbir kerajaan negeri ini memberi tekanan kepada beliau, Lim Guan Eng telah cuba "spin" serta "divert" isu ini dengan membangkitkan isu konon nya bahawa Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong tidak memberikan peruntukan yang cukup untuk sekolah Cina di Yong Peng walaupun diberi peruntukan RM5 juta setahun. Ini berbeza dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang konon-nya memberikan memberikan peruntukan setengah juta ringgit untuk sekolah Cina di negeri tersebut.

Menjawab persoalan dan fitnah jahat yang dibangkitkan oleh Lim Guan Eng, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong telah dengan tegas mengatakan bahawa:

“RM5 juta itu bukan khusus untuk Yong Peng. Ada banyak isu lain yang perlu saya selesaikan, termasuk 50 buah sekolah, 33 masjid, 105 surau, dan 90 kampung Melayu, baik pulih sistem saliran dan juga jawatankuasa kerja tempatan, malah di Ayer Hitam terdapat 60 taman perumahan dan jawatankuasa penduduk campur dengan KRT ada 60. ” katanya.

"Ini semua dia tidak ambil kira. Dia nak orang Cina benci saya kerana kononnya saya tak beri peruntukan kepada sekolah Cina seperti yang dia beri kepada sekolah Cina di Pulau Pinang. Ini adalah satu taktik kotor Guan Eng.


Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Lim Guan Eng yang cuba menggunakan isu perkauman untuk mengapi - api kan masyarakat berbilang kaum dan agama di Ayer Hitam unutk membenci Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Ini juga menunjukkan Lim Guan Eng sudah bankrap idea dan terpaksa menggunakan isu perkauman untuk menjatuhkan Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong di kawasan Parlimen Ayer Hitam. 

Ini juga membuktikan bahawa pembongkaran skandal terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai berbillion ringgit memberikan tekanan kepada pihak DAP dan kerajaan negeri. SPRM pula dilihat semakin agresif dalam menangkap dan menahan reman beberapa individu serta pemilik syarikat pemaju, ianya terbukti bahawa terdapat banyak kepincangan didalam projek ini dan kami tidak akan merasa pelik jika akhirnya Lim Guan Eng yang ditangkap didalam skandal ini.

Apa pendapat pembaca?

No comments:

Post a Comment