KL CHRONICLE: Pakar Australia iktiraf peranan dan pengaruh Tan Sri @AnnuarMusa dalam sosial media #kltu #jbtu #Negaraku #Malaysia

Saturday, January 27, 2018

Pakar Australia iktiraf peranan dan pengaruh Tan Sri @AnnuarMusa dalam sosial media #kltu #jbtu #Negaraku #Malaysia



Beberapa jam yang lalu, Pengarah Institut Malaysia Universiti Kebangsaan Australia, Dr. Ross Tapsell telah mengesahkan bahawa berbanding Pilihan Raya Umum 2013, pengaruh BN kini bertambah baik dalam media sosial dimana beliau secara spesifik memuji Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa.

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/410158#XQIPE0BMdAAwmHgA.99

Memetik kata - kata Dr. Ross Tapsell :


"BN, saya fikir mereka melakukan kerja yang jauh lebih profesional, komprehensif dalam kerja-kerja berkaitan di media baru daripada yang mereka lakukan pada tahun 2013,"

Pada tahun 2013 mereka masih tidak yakin apa yang mereka lakukan dalam kempen media baru, (tetapi) sekarang mereka tahu apa yang mereka lakukan, dan saya fikir mereka melakukannya dengan baik.

"Anda melihat bagaimana beberapa pemimpin BN, seperti Tun Faisal Ismail Aziz dan (Tan Sri) Annuar Musa, semuanya sangat vokal (dalam talian).

Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Dr. Ross Tapsell ini memang amat tepat sekali. Kami ambil contoh di Twitter dimana Tan Sri Annuar Musa mempunyai hampir 21,000 followers manakala di Facebook pula Tan Sri Annuar Musa mempunyai hampir 250,000 likes. 

Ini menjadikan Tan Sri Annuar Musa antara "influencer" sosial media di Malaysia dimana apa sahaja mesej atau maklumat yang ingin disampaikan oleh Tan Sri Annuar Musa boleh sampai kepada ratusan ribu orang dalam masa yang singkat. Kami di #KLChronicle juga tidak lupa sumbangan penting Tan Sri Annuar Musa sejak dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia. 

Dua (2) inisiatif penting yang dilancarkan Tan Sri Annuar Musa adalah apps Malaysia4All dimana segala maklumat,artikel,kenyataan media dan berita - berita pro kerajaan disampaikan kepada semua Ketua Penerangan UMNO dengan pantas untuk melawan dakyah serta fitnah jijik pihak pembangkang.

Kedua adalah program dialog Perjuangan4All yang dilakukan secara "Facebook Live" dimana jumlah viewers wacana ini boleh mencecah hingga 100,000 orang satu sesi. Ini semua merupakan usaha Tan Sri Annuar Musa untuk "penetrate" sosial media dan akhirnya usaha beliau diakui sendiri oleh pakar dari Australia.

Harapan kami di #KLChronicle adalah supaya Tan Sri Annuar Musa dikekalkan dalam jawatan yang beliau sanjungi sekarang kerana telah terbukti usaha beliau ini membawa perubahan yang positif kepada Barisan Nasional sekaligus memungkinkan BN menang 2/3 pada PRU - 14 yang akan datang. 

Ayuh!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget