Monday, January 22, 2018

Laluan dan maklumat perkhidmatan myBas #Terengganu #Negaraku #Malaysia



Semalam kami di #KLChronicle ada menerbitkan satu artikel tentang perkhidmatan MyBAS yang bakal diterima oleh rakyat Terengganu hasil kejayaan transformasi pengangkutan awam darat dari pihak SPAD.




Hari ini pula, kami di #KLChronicle ingin berkongsi pula beberapa maklumat penting berkaitan perkhidmatan ini. Buat permulaan, terdapat empat (4) laluan MyBas Terengganu bagi Fasa Pertama dan tambahan tiga (3) laluan bagi Fasa Kedua. Fasa Ketiga pula memperlihatkan tambahan satu (1) laluan. Jumlah keseluruhan laluan berjumlah Lapan (8) kesemua nya.

Sila lihat gambar dibawah:


Selain itu, perkhidmatan myBAS Terengganu akan menggunakan 25 jumlah bas, bagi tujuh (7) laluan utama dan satu (1) laluaj perantara dimana jarak keseluruhan adalah 261.2 kilometer. Sila lihat gambar dibawah untuk keterangan lanjut.


Bagi kami di #KLChronicle, langkah Kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional melalui SPAD yang memperkenalkan perkhidmatan myBAS ini wajar diberi pujian. Ini kerana semestinya perkhidmatan myBAS akan memudahkan kehidupan penduduk tempatan. 

Malah, perkhidmatan myBAS ini sudah semestinya akan meringakan kos kehidupan seharian warga Terengganu yang terpaksa "bergerak" menggunakan perkhidmatan teksi yang semestinya lebih mahal dari perkhidmatan myBAS. 

Apa pendapat pembaca?

No comments:

Post a Comment