KL CHRONICLE: Hello Lim Guan Eng mengapa marah - marah sama wartawan dan Datuk Seri Wee Ka Siong?

Saturday, January 27, 2018

Hello Lim Guan Eng mengapa marah - marah sama wartawan dan Datuk Seri Wee Ka Siong?



1. Kami di #KLChronicle merujuk kepada satu artikel yang disiarkan oleh Berita Harian dimana akhbar tersebut telah malaporkan bahawa sidang media Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama menjadi tegang selepas beliau gagal mengawal emosi dan mengeluarkan pelbagai perkataan kurang elok didengar.

2. Pertama sekali kami amat terkejut dengan sikap kebudak-budakan seorang Ketua Menteri yang tanpa rasa segan atau hormat memanggil seorang Menteri sebagai "bodoh" hanya kerana menteri tersebut membongkar kelemahan urus tadbir kerajaan DAP Pulau Pinang. 


3. Kedua, kami juga berasa amat malu apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng menunjukkan sikap yang langsung tidak profesional. Malah tindakan beliau bertindak kurang ajar dengan pihak media telah mencemar nama baik institusi kerajaan negeri dan memalukan rakyat Pulau Pinang.

4. Ketiga, tindakan Lim Guan Eng menghina pihak media dan melabel mereka dengan pelbagai gelaran yang kurang baik merupakan satu tindakan yang jijik dan membuktikan bahawa Lim Guan Eng tidak mampu menerima kritikan dari media mahu pun rakyat. Mana pergi slogan kebebasan bersuara yang dilaungkan Lim Guan Eng selama ini.?

5. Sikap buruk Lim Guan Eng ketika menerima kritikan berbeza amat jauh sekali dengan sikap profesional Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Walaupun diserang bertubi - tubi dan dihina oleh musuh politik beliau, YAB PM tidak pernah sekali pun memanggil mereka "bodoh" atau pun menghentam pihak media. YAB PM menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berusaha memperbaiki apa sahaja kelemahan pihak kerajaan.

6. Kami berharap rakyat dan pihak media dapat menilai sendiri sikap biadap dan kurang ajar Lim Guan Eng ini sekaligus "mengajar" beliau pada PRU - 14 yang akan datang. Rakyat Pulau Pinang tidak perlu lagi mengundi DAP mahupun Lim Guan Eng kerana telah terbukti Lim Guan Eng dan rakan - rakan beliau sudah sombong bongkak dan besar kepala. 

7. Mereka sudah tidak peduli lagi apa yang difikirkan atau pun apa yang diperlukan oleh rakyat. Yang penting hanyalah diri mereka sendiri sahaja.

Terima Kasih

Pasukan editor #KLChronicle

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget