JANGANLAH DIBUKA KOTAK PANDORA
Kehadapan Tun M dan Pakatan Harapan, tidak cukupkah sejarah mengajar kita bagaimana apabila kita membawa kuasa asing, atau meminta bantuan mereka demi membantu kita dalam arena politik tempatan, ia akan memakan kita?
Lihatlah bagaimana kita dulu pernah menjadi anjing British, hanya apabila sultan-sultan dan pembesar kita yang meminta bantuan British demi membantu permainan takhta mereka, yang kemudian harga yang perlu dibayar ialah kehilangan maruah kita selama ratusan tahun?
Kalau jauh sangat nak lihat sejarah, lihatlah bagaimana Syria, Libya, Iraq dan banyak negara-negara Arab yang kini sedang tersembam akibat dimainkan oleh kuasa asing.
Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Ambil iktibar dari kisah Kadhim Sharif al-Jabouri, lelaki yang bergembira kerana UK dan USA telah berjaya menggulingkan pemerintah Saddam. Kerana kegembiraan itu, dia telah menghancurkan patung Saddam dan menjatuhkannya.
Lebih 15 tahun kemudian, dia akhirnya menyesal apabila pernah merayakan campur tangan asing dalam kerajaannya. Zaman Saddam jauhhhhhh lebih aman daripada duduk dibawah perang saudara dan pencaturan USA.
Ya, dia menyesal walau 14 orang ahli keluarganya mati di tangan Saddam. Namun dia tetap menyesal. Kerana selepas itu, lahir 1000 Saddam, lahirnya lebih ramai para manusia rakus yang syaitan bertopengkan manusia. Tentunya betapa sundalnya USA dan UK di sana juga menyumbang kepada faktor penyesalannya.
Jangan dibuka kotak pandora...
Kali terakhir kita buka, hilang 14 negeri kita dibawah jajahan British. Kali terakhir kita buka, hilang Melaka dari sejarah Melayu. Kali terakhir kita buka, bangsa Melayu jatuh ke bahagian paling rendah yang layak dihuni oleh sang manusia iaitu menjadi bangsa jajahan.
No comments:
Post a Comment