Umum ketahui bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak sememangnya kini memberi tumpuan penuh dan agresif dalam memastikan kejayaan Program Transformasi Pengangkutan Awam Darat Negara. Antara kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan adalah projek LRT 2, MRT Kajang - Sungai Buloh, Bas Rail Transit (BRT) dan teksi e - hailing kini sudah beroperasi sepenuhnya untuk memberi kemudahan dan pilihan kepada rakyat.
Namun, kita juga tidak harus lupa apabila setiap projek ini telah selesai dengan jayanya dan apabila ia mula beroperasi, sudah semestinya syarikat seperti Prasarana, RapidKL, KTM dan sebagainya memerlukan tenaga kerja yang tinggi. Ini sekaligus juga merupakan program serampang dua mata kerajaan, dimana negara dibangunkan dan juga peluang pekerjaan dicipta untuk rakyat tempatan.
Menyedari bahawa banyak peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan dalam sektor pengangkutan awam darat negara, Ketua Pegawai Operasi (COO) SPAD, Pn. Qamar Wan Noor mahu peluang ini juga dibuka kepada wanita dalam agenda pemerkasaan wanita dalam industri pengangkutan awam darat negara. Memetik kata - kata Pn Qamar Wan Noor didalam temu ramah beliau bersama Berita Harian (Lihat video diatas):
Dengan kelengkapan infrastruktur rakyat seperti laluan MRT2, MRT3, myHSR, ECRL; lebih peluang pekerjaan baru akan dibuka. SPAD mengalakkan syarikat-syarikat mega infrastruktur ini untuk mempunyai anekaragaman di tempat kerja, terutamanya lebih pekerja wanita dalam industri pengangkutan awam darat
Bagi kami di #KLChronicle, kami bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Pn Qamar Wan Noor. Ini sebenarnya sejajar dengan aspirasi kerajaan melalui Dasar Wanita Negara yang mengintegrasikan wanita dalam semua sector pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita.
Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/6571-dasar-wanita-negara.html
Sudah masanya wanita juga diberi peranan dan diperkasakan dalam menyertai industri pengangkutan awam darat negara sejajar dengan aspirasi TN50 negara.
Apa pendapat pembaca?
No comments:
Post a Comment