KL CHRONICLE: @MY_Airports mohon maaf atas kesalahan ejaan Merry Christmas & Happy New Year #Negaraku #Malaysia

Sunday, December 24, 2017

@MY_Airports mohon maaf atas kesalahan ejaan Merry Christmas & Happy New Year #Negaraku #Malaysia


Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memohon maaf kepada semua pihak atas kesalahan ejaan dalam bahasa Inggeris pada kain rentang Selamat Menyambut Krismas dan Tahun Baharu yang dipasang di Lapangan Terbang Kota Bharu.

Menurutnya dalam satu kenyataan, kain rentang itu telah dialihkan semalam selepas pihaknya mendapati terdapat kesalahan ejaan.



“Pihak MAHB memberi jaminan kesalahan pada kain rentang ini tidak berlaku di lapangan terbang lain,” katanya di sini hari ini.

Kain rentang itu yang ditularkan sejak semalam telah mendapat teguran daripada orang ramai kerana mempunyai kesalahan ejaan pada ucapan “Mary Christmas” and “Happy New Years” yang sepatutnya dieja sebagai “Merry” dan “Year”.

Sementara itu, MAHB turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menunjukkan keprihatinan terhadap isu tersebut. 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/mahb-mohon-maaf-kesalahan-ejaan-ucapan-selamat-menyambut-krismas-tahun-baharu-1.578697#ixzz529nMBShH 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget