KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD tukar lokasi Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar #Negaraku #Malaysia

Saturday, December 23, 2017

#DemiRakyat SPAD tukar lokasi Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar #Negaraku #Malaysia


Sebentar tadi, kami di #KLChronicle telah mendapat maklumat dari pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bahawa:
Berkuatkuasa hari ini HAB Medan Pasar telah dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas. Dengan perubahan ini, bas-bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Bas-bas yang sebelum ini menunggu di HAB tersebut, akan menamatkan perjalanan di HAB Lebuh Pudu, yang terletak 350m dari hentian Medan Pasar, iaitu di hadapan Emporium Mydin Sinar Kota.


Untuk makluman pengguna, antara bas - bas yang terlibat dalam  perubahan ini adalah seperti berikut:


Secara peribadi, kami bersetuju dengan perubahan yang telah dilakukan oleh SPAD. Ini kerana, seperti yang diberitahu oleh pihak SPAD dan memang diketahui umum  kawasan Medan Pasar, pada waktu puncak adalah sangat sesak dan jika anda memandu di kawasan tersebut, kesesakan lalu lintas adalah amat teruk sekali. Antara punca kesesakan lalu lintas ini adalah kerana bas - bas yang beroperasi berhenti di bahu jalan menunggu penumpang dan sebagainya. 

Menyedari hakikat ini, SPAD mengambil keputusan yang proaktif dalam memindahkan HAB Medan Pasar kepada HAB Lebuh Pudu. Ini sekaligus akan membawa kebaikan kepada pengguna bas serta pemandu di sekitar kawasan ibu kota Kuala Lumpur. Sekali lagi kami mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak SPAD kerana mendengar keluh kesah warga kota dan mengambil tindakan atas hal ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget