1. Baru - baru ini, DAP telah menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti mereka. Pemilihan ini diadakan selepas pemilihan yang diadakan pada 2013 didapati tidak mengikut perlembagaan parti serta Akta Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Namun apa yang mengejutkan adalah jumlah perwakilan yang hadir pada pemilihan yang baru diadakan ini hanya 1,356 orang sahaja. Hanya 54% dari jumlah perwakilan yang layak mengundi.
2. Kehadiran perwakilan yang sedikit ke proses pemilihan CEC DAP membuktikan bahawa ahli akar umbi parti sudah muak dengan kepimpinan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Malah, dari satu sudut lain, kehadiran yang sedikit ini juga membuktikan terdapat "silent protest" didalam DAP sehingga 46% jumlah perwakilan (1200++ orang) telah memboikot proses pemilihan CEC ini.
3. Selain itu, pemilihan parti kali ini juga membuktikan dengan jelas bahawa DAP merupakan satu parti Cina Chauvinist. Ini kerana pemilihan CEC kali ini telah memilih hampir 90% Jawatankuasa Tinggi Pusat dari kalangan pemimpin Cina. Ini bertentangan dengan slogan parti DAP yang konon nya mereka merupakan parti yang berbilang kaum dan agama tetapi keputusan pemilihan kali ini membuktikan mereka merupakan satu parti Cina yang rasis.
4. Persoalan lain yang berbangkit juga mana pergi pemimpin - pemimpin Melayu didalam Jawatankuasa Tinggi Pusat DAP?
Jika dibaca dari keputusan pemilihan yang dibuat oleh ahli akar umbi DAP, mereka jelas menolak pemimpin Melayu dalam DAP dan jika begitu, bagaimana pula rakyat mahu menerima pemimpin DAP Melayu didalam DAP walhal ahli DAP sendiri menolak mereka?
Terima Kasih
Jika dibaca dari keputusan pemilihan yang dibuat oleh ahli akar umbi DAP, mereka jelas menolak pemimpin Melayu dalam DAP dan jika begitu, bagaimana pula rakyat mahu menerima pemimpin DAP Melayu didalam DAP walhal ahli DAP sendiri menolak mereka?
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment