KL CHRONICLE: @VellPaari : Pengenalan 7 kad diskaun bukti komitmen kerajaan bantu rakyat #Negaraku #Malaysia

Tuesday, October 10, 2017

@VellPaari : Pengenalan 7 kad diskaun bukti komitmen kerajaan bantu rakyat #Negaraku #Malaysia


*_Pengenalan 7 jenis Kad Diskaun bagi rakyat Malaysia yang memerlukan adalah satu keputusan tepat oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional_*

1. Saya merujuk kepada pengenalan tujuh  (7) jenis kad diskaun oleh kerajaan Barisan Nasional untuk beberapa kumpulan sasar yang memerlukan bantuan dari kerajaan. 

2. Pertama sekali, secara peribadi keputusan kerajaan untuk memperkenalkan 7 jenis kad diskaun tersebut merupakan satu keputusan yang amat baik dan bijak. Ini kerana pengenalan kad - kad diskaun ini dapat memastikan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan terus kepada kumpulan sasar dan mereka yang betul - betul memerlukan bantuan (Direct Assistance). Selain itu, dengan memperkenalkan pelbagai jenis kad diskaun, kerajaan juga dapat _tailor made_ bantuan kepada kumpulan sasar dan memastikan keperluan mereka dapat diberi perhatian yang sewajarnya.



3.  Kedua, pengenalan kad diskaun pelbagai jenis ini juga merupakan satu bentuk bantuan yang sistematik dimana kerajaan dapat menilai adakah bantuan seperti ini membantu kumpulan sasar atau pun perlu lagi diperbaiki demi kesejahteraan dan kesenangan rakyat. Memetik kata - kata YAB Perdana Menteri:

_Kesemua kad - kad diskaun ini adalah contoh bagaimana bantuan dari kerajaan kini lebih tersusun berbanding diberi secara pukul rata yang hanya akan memburukkan lagi jurang perbezaan ekonomi._

4. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional ini juga sekaligus menyangkal dakwaan pihak pembangkang bahawa kerajaan Barisan Nasional bakal bankrap dan tidak mempunyai wang dan sebagainya. Kerajaan telah membuktikan bahawa pengurusan ekonomi negara berada pada tahap yang baik dan memuaskan. Ini dapat dibuktikan apabila Bank Dunia menyemak naik unjuran pertumbuhan (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus yang diumumkan Jun lalu,

5.Konklusinya, segala bukti diatas tentang kemajuan serta perkembangan ekonomi negara  serta usaha kerajaan dalam membantu masyarakat  menangani kos sara hidup yang semakin meningkat membuktikan pentadbiran YAB Perdana Menteri berada pada landasan yang betul. Malah, kerajaan pada hari ini dilihat sentiasa membuat dasar - dasar yang membela kehidupan rakyat yang kurang bernasib baik dan golongan ini sentiasa diberi keutamaan oleh Barisan Nasional. 

Terima Kasih

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget