KL CHRONICLE: "Domino Effect" kegagalan Lim Kit Siang di Gelang Patah #Negaraku #YP #MCA

Thursday, October 12, 2017

"Domino Effect" kegagalan Lim Kit Siang di Gelang Patah #Negaraku #YP #MCA


Umum ketahui bahawa diktator DAP, Lim Kit Siang kini sudah bekerjasama dengan Dr. Mahathir untuk konon nya untuk menyelamatkan Malaysia. Namun apa yang melucukan dan memalukan sebenarnya adalah kegagalan Lim Kit Siang berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat dikawasan beliau sendiri iaitu di Gelang Patah, Johor. Bagaimana seorang yang gagal menjadi wakil rakyat yang baik mahu menyelamatnkan Malaysia?



Jika pembaca masih ingat, kami di #KLChronicle pernah menerbitkan beberapa artikel berkaitan diktator DAP Lim Kit Siang dan cubaan beliau untuk lari bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada PRU - 14 yang akan datang setelah beliau dikritik hebat oleh penduduk di Gelang Patah. Rakyat perlu ingat bahawa Diktator DAP Lim Kit Siang bukanlah seorang wakil rakyat yang baik tetapi hanya menggunakan politik sebagai medan untuk memperluaskan agenda politik peribadi beliau.


Ramai orang tahu bahawa "gameplan" DAP adalah bagi memastikan Pakatan Harapan menguasai Putrajaya dan kemudian mereka sebagai kuasa "de-facto" akan memastikan dasar - dasar kerajaan menepati cita rasa mereka sebagai sebuah parti Cina Chauvinist serpihan parti PAP Singapura. Perlu diingatkan bahawa DNA DAP adalah DNA Komunis dan mereka tidak akan sesekali memberi peluang kepada rakyat yang tidak menyokong mereka hidup aman dan makmur di negara ini. 

Ini sangat berbeza dengan parti MCA yang sejak sebelum merdeka lagi mengamalkan sikap inclusive iaitu memupuk sifat hidup berharmoni antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Jika dilihat dari segi sejarah, segala persengketaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah akibat dari sikap DAP yang terlalu rakus mahu merampas kuasa sehingga mencetuskan perasaan kurang senang orang Melayu. 

Ini berbeza dengan MCA yang melihat kepada "perkongsian kuasa" sebagai satu cara untuk memastikan agenda setiap kaum dan agama dapat dibawa kehadapan seterusnya mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan masyarakat berbilang kaum hidup secara harmoni antara satu sama lain. Oleh itu, kami sangat yakin kegagalan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan membawa kesan domino ke seluruh negara dimana masyarakat Cina secara khususnya dan Malaysia secara amnya akan menolak DAP kerana mereka gagal berkhidmat untuk rakyat dengan baik.

Gelang Patah akan menjadi kawasan terakhir bagi Lim Kit Siang sebagai Ahli Parlimen!

Rujukan Kami:

1. http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/08/lim-kit-siang-kini-cabut-lari.html

2. http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/08/analisis-kecewa-dengan-dap-masyarakat.html

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget