Kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah didapati cuai kerana menyebabkan kematian 11 orang setelah memberikan kebenaran pembinaan kepada projek perumahan swasta yang pada awal nya tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini menyalahkan pula JAS kerana memberikan kebenaran kepada pembangunan Kolej TAR yang terletak beberapa kilometer dari kawasan kejadian tanah runtuh baru - baru ini.
Pertama sekali, tindakan menyalahkan JAS merupakan satu tindakan yang bodoh oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Adakah Lim Guan Eng sungguh buta hingga tidak dapat membezakan kedua - dua projek ini? Jika dilihat dari segi reka-bentuk, Kolej TAR ini hanya merupakan beberapa tingkat sahaja manakala projek yang diluluskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang adalah 30 tingkat di kawasan lereng bukit!
Lokasi kolej TAR yang jauh dari kawasan tanah runtuh |
Selain itu, jika kita lihat peta diatas, dengan jelas dan nyata kedudukan Kolej TAR sangat adalah jauh dari kawasan kuari jika dibandingkan dengan kawasan tanah runtuh. Tahukah pembaca bahawa operator kawasan kuari tersebut melakukan "controlled blast" dua kali sebulan untuk mengeluarkan batu - batu dari kuari tersebut. Ini sudah tentunya membahayakan penduduk yang membeli rumah di projek ini.
Surat dari Pengarah JAS yang menolak permohonan pemaju |
Secara konklusinya, kami berpendapat kerajaan negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab sama sekali. Sudah lah mereka didapati bersalah memberikan kebenaran kepada pemaju untuk membina kondominium walaupun tidak mendapat kebenaran Jabatan Alam Sekitar (JAS), sekarang ada hati pula mereka menyalahkan JAS akibat kecuaian mereka sendiri.
Persoalanya sekarang, adakah rakyat Pulau Pinang akan mengundi DAP pada PRU - 14 yang akan datang selepas kerajaan negeri didapati cuai, gagal dan tidak bertanggungjawab dalam mentadbir negeri dengan selamat dan baik. Apa pendapat pembaca?
2 comments:
Obviously LGE and the Dap govt will find ways of throwing the blame to Doe and the act of god for the recent happening in Penang Island and clearly without doubt when reality happened to them they cannot tackled the problem amicably and eventually seek help from TPM Zahid Hamid. Just look at the Penang residence of Jln P. Ramlee throwing a lecture session with Jelutong YB, it is most shameful for not being able to do a contigency plan to help the needy raayat when disaster happen. This is definitely a case inexperience and greenhorn leaders who are not capable to tackle a disaster or calamity situation happening at their own constituencies. Its time the raayat awaken from their sleep and vote these cronies out and change the govt in the GE14. I think its time for change as Dap cannot manage the state well with lots of hanky panky going on among the developer and political ahli adun and parliament.
Its time to change the govt.
Post a Comment