Monday, September 18, 2017

@RazlanRafii : PM @NajibRazak akan lancar perumahan transit untuk anak muda #KekalNajib #Negaraku #Malaysia


PELANCARAN PERUMAHAN TRANSIT BELIA KUALA LUMPUR
18 Sept 2017

Di kala pembangkang menganjurkan perhimpunan haram bersih dan keesokan harinya pada 20hb november 2016 Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan (WP) telah menganjurkan satu diberi nama Konvensyen Anak Muda Wilayah Persekutuan yang berjaya menghimpunkan lebih 1,500 anak-anak muda dari seluruh WP yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum, rasional politik, pendidikan, dan agensi-agensi kerajaan bagi mendengar aspirasi dan manifestasi orang muda secara lebih tertib, bertamadum dan beretika di dalam platform yang mengikut lunas undang-undang.



Menyingkap semula di dalam konvensyen ini telah berjaya mengupaskan pelbagai masalah dan menjilidkan 5 aspirasi anak muda wilayah yang terdiri dari segi politik, pendidikan, kebajikan, ekonomi dan sosial yang merangkumi pelbagai manifestasi dan salah satunya adalah ‘pembinaan perumahan transit untuk golongan belia di Kuala Lumpur’ yang telah dibentang dan diserahkan kepada Ketua Kampung, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor selaku Menteri WP yang turut disaksikan oleh YB Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Alhamdullilah, ini adalah satu bentuk kejayaan bersama bagi semua golongan muda di WP dan hari ini 18hb September 2017, Isnin di Kepong, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak akan melancarkan secara rasmi perumahan transit untuk golongan belia di Kuala Lumpur selaras dengan aspirasi dan manifestasi yang dibentangkan ketika konvensyen anak muda WP berlangsung.

Kami percaya, pembinaan rumah-rumah transit belia ini sedikit sebanyak akan mampu mengurangkan kos sara hidup golongan muda dalam bandar sekaligus membuktikan peranan dan fungsi pemuda BN itu lebih jauh matang dan cakna kepada rakyat berbanding pihak pembangkang yang lebih retorik dan hanya bersifat tin kosong dalam memperjuangkan isu-isu rakyat.

Oleh itu, di sini Pemuda BN WP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan BN yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, ayahanda Ketua Kampong YB Datuk Seri Tengku Adnan dan YB Khairy Jamaluddin yang telah mendengar aspirasi orang muda di bawah slogan ‘rakyat didahulukan’ dan kami percaya inilah satu-satunya kerajaan yang bersifat ‘walk the talk’ yang pasti akan menjaga kebajikan golongan muda di dalam negara kita.

Sekian terima kasih.

DATUK HJ MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment