Saturday, September 2, 2017

Rafizi Ramli bidas Biro Politik PKR, akui 2-3 orang Ahli Parti tidak berdisiplin! #Negaraku #Malaysia

Biro Politik kata sudah diberi amaran, Rafizi Ramli kata tiada amaran. Mana satu yang betul?
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebentar tadi baru mengeluarkan kenyataan di laman Facebook beliau membidas tindakan segelintir pemimpin PKR yang dilihat tidak berdisiplin serta membohong pihak media konon nya beliau telah diberi amaran keras oleh Biro Politik kerana memburukkan nama baik parti dan akan dipecat dari KEADILAN jika terus bersuara mengkritik kerjasama antara PKR dan PAS.




Bagi kami di #KLChronicle, pendedahan eksklusif Rafizi Ramli ini sangat mengejutkan kami. Ini kerana Rafizi Ramli sendiri telah mengesahkan bahawa terdapat beberapa Ahli Biro Politik PKR yang merupakan pembohong dan sanggup menipu demi kelangsungan karier politik mereka. Malah lebih teruk lagi, Rafizi Ramli juga mengatakan bahawa terdapat 2-3 orang Ahli Biro Politik PKR yang TIDAK BERDISIPLIN.

Persoalanya sekarang, bagaimana PKR mahu mentadbir negara jika pemimpin mereka sendiri merupakan pembohong, dan jugak tidak berdisiplin. Ini tidak termasuk lagi Rafizi Ramli yang terbukti merupakan seorang pakar fitnah yang sudah berbelas kali dihadapkan ke mahkamah kerana memfitnah. Antara mangsa fitnah beliau adalah Tabung Haji. 1MDB, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri serta ramai lagi. 

Dengan sikap disiplin yang teruk ahli - ahli PKR ini, adakah rakyat tetap mahu mengundi mereka pada PRU yang akan datang seterusnya menjadikan mereka kerajaan?

May god protect us all...

No comments:

Post a Comment