KL CHRONICLE: Rafizi Penipu dan Pemfitnah Melampau #Negaraku #Malaysia

Thursday, September 14, 2017

Rafizi Penipu dan Pemfitnah Melampau #Negaraku #Malaysia


Selepas ditangkap menipu rakyat dengan mengatakan pertemuan dan mesyuarat antara YAB PM Datuk Seri Najib dengan Donald Trump adalah bersifat tidak rasmi (not an official meeting), Rafizi sekali lagi menipu rakyat dan cuba memanipulasi persepsi masyarakat dengan mengatakan dia betul apabila menyebut bahawa Najib tidak langsung membincangkan isu Rohingya sebagaimana yang dijanjikan. 



Ternyata jelas penipuan dan pembohongan Rafizi apabila akhbar utama Amerika The New York Times melaporkan dan mengesahkan bahawa isu Rohingya adalah antara isu yang dibangkitkan Najib Razak kepada Donald Trump.


Sampai bilakah Rafizi mahu hidup dalam lautan fitnah dan penipuan. Cukup-cukuplah merosakkan negara dengan fitnah dan penipuan yang tidak sudah-sudah. Tunggu masa sahaja untuk menjalani hukuman penjara akibat fitnah. Itupun masih ada berpuluh lagi kes yang belum diputuskan mahkamah. Ingatlah penjara dunia masih dikira selesa tapi seksaan neraka Allah lantaran fitnah dan tipu daya saudara tiada tandingannya.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget