Tuesday, September 19, 2017

Penjelasan Pelaburan MAS & KWSP di AS, Macai jangan meroyan! #YP #Negaraku #Malaysia


Baru - baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pulang dari lawatan rasmi ke Amerika Syarikat bertemu Presiden AS Donald J. Trump. Dalam lawatan tersebut, YAB PM telah mengumumkan bahawa Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur di AS.



Setelah pengumuman ini dibuat, ramai macai dilihat telah meroyan terutamanya puak - puak pembangkang seperti Rafizi Ramli, Che Det dan para pemimpin DAP. Antara kritikan mereka adalah mengapa kerajaan perlu beli pesawat Boeing yang baru serta KWSP melabur dalam pasaran ekuiti dan bon AS.

*Pembelian Pesawat Baru Boeing*

Setelah dihancurkan oleh Dr. Mahathir, YAB PM kini cuba memperbaiki semula MAS melalui plan transformasi MAS dibawah CEO Peter Bellew. Proses transformasi ini sudah mula menampakan hasil dan *the next step* adalah dengan membeli pesawat baru, tambah destinasi sekaligus meningkatkan jumlah penumpang. 

Ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.


*Pelaburan KWSP di AS*

Sehingga hari ini, KWSP telah melabur hampir 7 - 8 Billion US Dollar di AS. Penambahan 3 - 4 Billion US Dollar ini susulan prestasi baik pulangan KWSP di AS. Perlu diingatkan bahawa KWSP dibawah pentadbiran YAB PM telah berjaya memberikan pulangan dividen yang tinggi kepada pencarum.

Tidakkah kita mahu ini berterusan?

Bagi mereka yang ingin melihat usaha serta prestasi YAB PM mentadbir negara, anda boleh melihat video dibawah:


Tidakkah anda bangga menjadi rakyat Malaysia?

1 comment:

  1. Bagus gini buktikan dengan nombor-nombor fakta.

    Kalau ditanya jawapan mudah adalah terlupa.

    RCI pun perlukan fakta-fakta bertulis dari minit-minit mesyuarat dan surat-surat dari BNM, Kem Kewangan, TNB dan mereka-mereka yang terbabit

    ReplyDelete