KL CHRONICLE: @MadiAzmadi : KWSP Melabur di US; Najib tak bodoh #Negaraku #Malaysia

Saturday, September 16, 2017

@MadiAzmadi : KWSP Melabur di US; Najib tak bodoh #Negaraku #Malaysia


1) Najib Razak dalam lawatan ke Rumah Putih telah mengumumkan KWSP akan melabur sehingga RM4 bilion di pasaran negara maju Amerika Syarikat, tambahan dari pelaburan RM7 bilion semasa. Ramai yang melatah, kononnya duit rakyat akan dibinasakan.


2) Ikut rekod, KWSP sememangnya melabur di negara luar. Bukan baru, tapi dah bertahun. Ini penting untuk mengoptimumkan pulangan sekurang-kurangnya 2.5% setiap tahun seperti di bawah Akta KWSP. Tidak boleh kurang.

3) Krisis kewangan dalam pusingan ekonomi berlaku setiap 10 tahun. 1997/98 krisis ekonomi Asia, 2008 jatuhnya empayar Lehman Bersaudara. Ikutkan pada putaran, tahun depan akan berlaku lagi krisis kewangan besar.

4) Asas pelaburan, high risk high return. Dan asasnya juga, melabur di negara maju tidak mungkin menawarkan pulangan terlalu tinggi. Tidak seperti pelaburan di negara membangun, emerging market.

5) Tetapi Najib tidak bodoh. Pasaran kewangan dan ekonomi dunia akan bergoncang pada tahun hadapan. Turun naik tidak menentu, yang paling terkesan adalah pasaran negara membangun. 

6) Dan Najib tidak mahu mengambil risiko tersebut. Negara maju menjanjikan destinasi pelaburan yang selamat. Pulangan mungkin tidak begitu tinggi, tetapi pulangannya stabil. Negara maju akan menghadapi kesan yang paling minimum apabila berlakunya market crash, tidak seperti negara membangun. 

7) Najib berpegang pada asas pelaburan, don’t put all your eggs in one basket. Bakul jatuh, pecahlah semua telur. Jadi adalah sangat penting untuk pastikan adanya potfolio pelaburan yang menjamin pulangan. Maka, Amerika Syarikat adalah lokasi yang bertepatan.

8) Dan sebagai seorang pencarum KWSP, aku lebih rela wang caruman tersebut dilaburkan di pasaran yang stabil, Pulangan mungkin tidak tinggi, tetapi pulangan tetap ada. 

9) Suatu perkara yang pasti, kalau mahukan pulangan yang tinggi melalui risiko yang tinggi, KWSP bukan tempatnya. Dan Najib tidak bodoh untuk memngambil risiko itu.

FB Madi Azmadi 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget