KL CHRONICLE: #KLChronicle setuju penggunaan Touch & Go dijadikan medium utama sistem pengangkutan awam darat #SPAD #Negaraku #Malaysia

Tuesday, September 19, 2017

#KLChronicle setuju penggunaan Touch & Go dijadikan medium utama sistem pengangkutan awam darat #SPAD #Negaraku #Malaysia


Baru - baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri menegaskan semua sistem pengangkutan awam di Malaysia akan menggunakan tiket bersepadu menerusi platform Touch & Go menjelang 2019. Bagi kami di #KLChronicle, pengumuman ini merupakan satu perkara yang sangat bagus kerana sudah tiba masanya kerajaan mengamalkan "cashless transaction" bagi pengangkutan awam.



Namun kami juga faham bahawa memandangkan negara kita mempunyai pelbagai operator pengangkutan awam, satu sistem "seamless" perlu diwujudkan dimana semua operator perlu menyediakan kemudahan Touch & Go terlebih dahulu sebelum ianya boleh diguna pakai oleh rakyat. Infrastruktur serta kos pembangunan sistem ini sudah semestinya memakan belanja yang besar tetapi akan memudahkan rakyat di negara ini.

Jika kita lihat negara - negara maju seperti di Korea dan juga Australia, semua pengangkutan awam mereka hanya menggunakan satu kad sahaja. Pengguna tidak perlu bayar (tap on, tap off) setiap kali untuk menukar mod pengangkutan. Selain itu, dengan menggunakan hanya satu kad, surcaj kepada rakyat juga dapat dikurangkan dan ini merupakan sesuatu perkara yang baik.

Selain itu, ianya juga akan memudahkan pengguna hanya untuk Top up satu kad sahaja berbanding pelbagai kad yang kita ada sekarang. Bukankah ini suatu perkara yang bagus?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget