Baru - baru ini, Pasar Seremban, Negeri Sembilan telah mengalami kebakaran yang sangat teruk sehingga menyebabkan kemusnahan kepada tingkat atas bangunan. Menyedari bahawa ramai pemilik kedai serta pengusaha telah menjadi mangsa kebakaran ini, pihak MCA melalui Timbalan Menteri Pendidikan Senator Chong Sin Woon telah dengan pantas turun melawat keadaan pasar Seremban, seterusnya memberi bantuan kepada semua mangsa yang terlibat.
Pertamanya, kami di #KLChronicle sangat tersentuh dengan usaha murni pihak Senator Chong Sin Woon serta MCA Bahagian Seremban yang dengan pantas turun membantu mangsa kebakaran di Pasar Seremban. Ini memandangkan kawasan Parlimen Seremban sebenarnya merupakan kubu kuat parti Cina Chauvinist DAP dimana Anthony Loke Siew Fook merupakan Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Walaupun menyedari Seremban merupakan kubu DAP dimana Ahli Parlimen kawasan tersebut adalah dari DAP, Senator Chong dan rakan - rakan dengan pantas turun membantu. Namun malangnya, pada malam kejadian pasar Seremban terbakar, tidak pula dilihat kelibat Ahli Parlimen Seremban dari DAP turun bersama - sama membantu mangsa kebakaran.
Persoalanya sekarang, mengapa Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook tidak turun membantu mangsa seterusnya memberikan bantuan yang sewajarnya?
Bagi kami di #KLChronicle, sebenarnya pemimpin DAP semua tidak bertanggungjawab. Mereka hanya pandai meraih undi dengan menanamkan sifat benci terhadap kerajaan tetapi mereka (ahli DAP) langsung tidak berkhidmat untuk rakyat seperti yang dlakukan BN dan parti - parti komponen lain seperti MCA. Adakah parti seperti ini yang rakyat serta masyarakat Cina mahu pilih sebagai kerajaan?
1 comment:
apa perlunya anthony loke turun sbb dia dah gerenti menang punya.. ckp la apa pun bg lah duit byk mana pun jgn harap lah mca nak menang.. kalau dah hati komunis ni ingat blh mkn ke dgn umpan camtu.. takda di heran nya.. org yg keja dlm office cina tau la mcm mn.. 99.9% cina sokong DAP tak percaya blh potong lancau lah..
Post a Comment