Saturday, September 16, 2017

DAP menang, rakyat Pulau Pinang berenang #Negaraku #Malaysia


Waktu berkempen untuk PRU13, DAP kata masalah banjir di Pulau Pinang telah pun selesai selepas Tokong Lim Guan Eng memerintah negeri itu selama 4 tahun. Tapi yang peliknya banjir sudah beberapa kali  di Pulau Pinang sejak 2013 dan yang paling teruk baru-baru ini banjir hampir melumpuhkan pusat bandar. 



Apabila banjir berlaku, Tokong dan pengikutnya dengan selamba berkata, ada hujan mestilah ada banjir. Malah seorang wakil rakyat DAP seolah-olah menyalahkan Tuhan.  Tapi kalau ikutkan pembelanjaan negeri, tebatan banjir bukanlah keutamaan Tokong. Dia sanggup belanja RM220juta untuk buat 3 batang jalan yang belum siap dan hanya RM100 juta untuk banjir sepanjang 8 tahun. 

PAS mungkin senyum sinis sebab dulu Guan Eng angkuh kutuk kerajaan Kelantan ketika banjir besar pada 2014. Nampaknya slogan Jom Ubah  kena tukar kepada ‘DAP menang, rakyat berenang’.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment