KL CHRONICLE: TSAM : Ahli UMNO jangan tertipu dengan strategi musuh #Negaraku #Malaysia #YP

Tuesday, August 8, 2017

TSAM : Ahli UMNO jangan tertipu dengan strategi musuh #Negaraku #Malaysia #YP


Baru - baru ini, Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana beliau mengingatkan setiap ahli UMNO supaya tidak terperangkap sama sekali dengan strategi musuh, khususnya Pakatan Harapan (PH), yang tidak sudah - sudah cuba mewujudkan keretakan dalam UMNO. 




Bagi kami di #KLChronicle, pihak pembangkang tahu bahawa tunjang utama Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia adalah UMNO. Untuk merampas kerajaan, UMNO perlu ditumbangkan terlebih dahulu. Sebab itu pembangkang cuba memfitnah pemimpin - pemimpin UMNO supaya mereka bertelagah sesama sendiri. Apabila ini berlaku, UMNO akan menjadi goyah dan persediaan UMNO menghadapi Pilihan Raya Umum akan terjejas.

Namun alhamdulilah. Sehingga hari ini usaha jijik pihak pembangkang terutamanya Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang telah gagal. Pemimpin UMNO, terutamanya Presiden UMNO Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan Naib Presiden yang menjalankan tugas - tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ibarat isi dan kuku dimana mereka bekerjasama dalam satu pasukan yang harmoni demi kelangsungan survival politk UMNO.



Malangnya keharmonian ini tidak dilihat didalam pakatan pembangkang. Di PH, Dr. Mahathir menggelarkan diri beliau sebagai "Top Dog" namun sebenarny parti yang paling berkuasa dalam PH adalah parti yang mempunyai paling banyak kerusi iaitu DAP. Selain itu, jika pembaca ingat dalam isu GST, setiap pemimpin pembangkang memberikan jawapan yang berbeza - beza, Rafizi Ramli mahu mansuhkan, Nurul Izzah mahu kekalkan, Guan Eng mahu GST diturunkan. Ini semua membuktikan pihak pembangkang tidak konsisten dalam perjuangan mereka. 

Adakah lagi orang yang mahu menyokong pembangkang pada PRU yang akan datang? 


=========================================

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA


SETIAP ahli UMNO diingatkan supaya tidak terperangkap sama sekali dengan strategi musuh, khususnya Pakatan Harapan (PH), yang tidak sudah-sudah untuk mewujudkan keretakan dalam UMNO - satu usaha PH yang masih gagal hingga sekarang.

Fitnah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), yang terbaru terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kononnya TPM memohon sokongannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, adalah satu lagi percubaan Tun M utk menanamkan syak wasangka di kalangan sanubari setiap ahli UMNO.

Ia sepertimana Tun M tanpa segan silu mendakwa RM42b wang 1MDB hilang atau lesap, yang bertujuan semata-mata mengapikan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO.

Alhamdulillah, ahli UMNO tetap terus kental dengan istiqamah dan solidariti serta tidak mudah terpesong dgn tipu muslihat Tun M.

Apatah lagi kini Tun M sendiri mengakui beliau sebenarnya  tidak memusuhi  DAP yang dulunya beliau serang habis-habisan sebagai rasis dan anti-Melayu.

Tun M tidak pun berkata benar apabila beliau menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi pemimpin UMNO kerana kesalahan moral yang mengaibkan.

Begitu juga tuduhan-tuduhan Tun M terhadap campur tangan asing, dan semua itu kini ternyata tidak benar.

Sekiranya begitu mudah Tun M membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada ada apa yang menghalangnya untuk terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politiknya.

- Tan Sri Annuar Musa (TSAM) 4.30 ptg, Khamis / 03.08.17

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget