Thursday, August 24, 2017

Sikap hipokrit DAP Pulau Pinang akhirnya terbongkar #MCA #Negaraku #Malaysia #BangkitBersama

Mangsa yang maut di kilang haram di Pulau Pinang
Baru - baru ini negara digemparkan dengan tangkapan seorang Exco kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu Phee Boon Poh  kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah. Lebih mengejutkan adalah juga penemuan dua pucuk surat dari Phee Boon Poh kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang meminta MPSP supaya tidak mengambil tindakan terhadap satu kilang haram yang beroperasi di Sungai Lembu, Bukit Mertajam. 



Surat Aduan Dr. Norleela kepada Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (1)

Muka - Surat 2
Bukan itu sahaja, apabila media mula menyiasat dengan lebih lanjut, rupanya kilang haram yang terpalit isu kontroversi ini sebenarnya sudah beroperasi secara haram sejak tahun 2008 dan rakyat setempat juga telah melakukan pelbagai laporan kepada pihak berkuasa akan bahayanya kilang haram ini terhadap kesihatan penduduk setempat. Malah Ahli Dewan Undangan Penanti Dr. Norleela juga telah menghantar aduan rasmi kepada kerajaan negeri namun mengapa tiada tindakan diambil?

Lebih mengejutkan, bukan sahaja tiada tindakan diambil malah ada pula EXCO yang menyuruh kilang haram ini tidak diambil tindakan. Mengapa?

KILANG LYNAS

Masihkan pembaca ingat tentang kilang Lynas yang dulu konon nya pihak pembangkang kata bahaya dan bakal membawa bencana yang besar kepada bandar Kuantan,Pahang. Malas pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mensabotaj kilang Lynas sehingga ke Australia mereka pergi. Namun apa yang celaka nya pihak pembangkang ini di tempat mereka sendiri di Pulau Pinang ada kilang haram yang membawa pelbagai masalah kesihatan kepada rakyat namun tiada tindakan diambil!

Bantah Lynas tapi kilang haram di Pulau Pinang dia buat bodoh?
Malah, sehingga kini diberitakan kilang haram di Pulau Pinang ini telah menyebabkan orang di kawasan kilang tersebut lebih terdedah kepada risiko penyakit kanser dan sehingga kini 11 dari 500 orang penduduk kampung telah mati akibat kanser. Kami di #KLChronicle suka mengambil contoh yang dibuat oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang menunjukkan sikap hipokrit pemimpin DAP. 

Jika dulu mereka boleh protes pembinaan kilang Lynas yang dilakukan secara sah, kini kenapa mereka diam bila ada kilang haram yang berbahaya menjalankan operasi di Pulau Pinang? Cuba fikir...

No comments:

Post a Comment