Thursday, August 31, 2017

Hubungan Baik Malaysia & Arab Saudi Banyak Beri Manfaat Kepada Rakyat #Negaraku #Malaysia


Hujung bulan Februari lepas, Baginda Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan delegasi seramai 600 orang melawat Malaysia. Raja Salman memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk dilawati di benua Asia. 




Hasil lawatan tersebut, Kerajaan Arab Saudi akan menambah 3 kali ganda jumlah biasiswa buat pelajar Malaysia di Arab Saudi bermula tahun hadapan. Kini, hanya terdapat 100 biasiswa tersedia bagi pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Islam Imam Mohammed bin Saud di Riyadh. 

Kuota haji berjaya ditambah hasil lawatan Raja Salman tersebut. Setakat ini, kuota jemaah Haji Malaysia bagi musim Haji 2017 adalah 27,900 orang. Ketika musim haji ini, kuota itu berjaya ditambah sehingga 30,200 orang. Pada tahun hadapan, kuota haji jemaah Malaysia berjaya ditambah sehingga 40,000 orang. 

Pada 31 Mei 2017, Tabung Haji mengumumkan tempoh menunggu haji dipendekkan selama 31 tahun. Dahulu tempoh menunggu haji adalah sehingga 120 tahun, akan dipendekkan menjadi 89 tahun sahaja. 

24 Ogos 2017, Dato Seri Najib mengumumkan satu lagi berita baik buat jemaah haji dan umrah Malaysia. "Ini pilot projek. Malaysia menjadi negara pertama yang dibenarkan untuk melakukan program pre clearance oleh kerajaan Arab Saudi. Ia pengiktirafan kepada Malaysia" kata Dato Seri Najib selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC. 

Jemaah haji dan umrah Malaysia juga tidak perlu lagi menunggu 5 hingga 6 jam bila sampai Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. 

Video di bawah memaparkan bagaimana Jemaah Haji Malaysia penerbangan KT73 tiba di King Abdulaziz International Airport, mereka tidak perlu tunggu lama lagi. Turun kapal terbang terus masuk lalu kaunter dan beredar.

Lihat video di pautan ini ;
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=815832625264239&id=476011935912978

Hasil hubungan baik ini, Malaysia juga berjaya membina dua pusat jemaah haji, satu di Mekah berdekatan Masjidil Haram dan satu lagi di Masjid Nabawi di Madinah. 

Sebelum lawatan Raja Salman, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berada pada jumlah sederhana sahaja iaitu RM13.99 bilion, pada 2016.

Semua itu berubah bila Saudi Aramco mahu membuat pelaburan berjumlah RM31.08 bilion dalam Projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Johor. 

Malah Arab Saudi juga menjejaki langkah Malaysia untuk mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor minyak dan gas, termasuk memperkenalkan GST. Selain  melaksanakan Pelan Transformasi Nasional sama seperti Malaysia. 

Hari ini adalah hari Wukuf di Padang Arafah mulai jam 12.21 tengahari (waktu Arab Saudi, Khutbah Arafah). 

Di Malaysia, adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Dalam masa satu jam ini, marilah kita sebagai umat Islam di Malaysia mendoakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan kepada Dato Seri Najib dan Barisan Nasional agar terus menerajui kerajaan di Putrajaya. 

Hasil hubungan baik Dato Seri Najib dengan Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi telah banyak beri manfaat kepada rakyat Malaysia.

Di hari kemerdekaan ini, dan esoknya adalah Hari Raya Aidiladha, marilah kita bersama sama ucap terima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha usaha baik ini. Bersama samalah kita pertahankan negara ini dari diganggu gugat oleh pengkhianat bangsa, agama dan negara. 

No comments:

Post a Comment