KL CHRONICLE: Azmin Ali Bila Hendak Buat Organisasi Pakatan Harapan Di Selangor?

Tuesday, August 1, 2017

Azmin Ali Bila Hendak Buat Organisasi Pakatan Harapan Di Selangor?


27 Julai 2017, lima hari lepas, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan organisasi Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang. 

Pulau Pinang menjadi negeri yang terawal mengumumkan organisasi pakatan pembangkang di peringkat negeri biarpun secara rasminya Pakatan Harapan masih lagi belum didaftar secara rasminya dengan ROS. 




Dalam organisasi di Penang itu, lima daripada 11 orang anggotanya dimonopoli oleh DAP.  Dipengerusikan juga oleh Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP. 

Kini selepas hampir seminggu, orang sudah mula tanya, bila Selangor hendak umumkan barisan Pakatan Harapan? Dalam carta kepimpinan Pakatan Harapan, Azmin dilantik sebagai Naib Presiden. 

Azmin masih lagi anggap Pakatan Rakyat masih hidup di Selangor namun dia sendiri terima jawatan Naib Presiden dalam Pakatan Harapan. Ini suatu yang melucukan. Mana satu yang Azmin hendak ikut? 

Bila Guan Eng umum carta organisasi di Penang, itu sebenarnya adalah provokasi ke atas Azmin. Guan Eng sebenarnya mencabar Azmin untuk  mengisytiharkan organisasi PH di negeri Selangor juga.

Dulu, Guan Eng, Azmin serta pemimpin dari PKR bertelagah tentang kewujudan Pakatan Rakyat yang dikatakan masih hidup di Selangor kerana mandat rakyat. 16 Jun 2015, dalam Astro Awani, Kit Siang berkata "dengan terkuburnya Pakatan Rakyat, sudah tiba masa untuk memberikan harapan baru kepada rakyat" 

Dalam Muktamar PAS yang ke 61 dan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP telah memutuskan bahawa Pakatan Rakyat telah mati pada 2015. Wan Azizah dalam satu kenyataan media pada 17 Jun 2015 turut mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tiada lagi. 

Hanya Azmin Ali yang masih anggap Pakatan Rakyat masih hidup. Ianya amat bertentangan sama sekali, kerana wujudnya parti PAN adalah untuk melawan PAS. Parti PAN ada dalam organisasi baru Pakatan Harapan bersama PPBM, apakah Azmin anggap PAN dan PPBM ini tidak wujud di Selangor?

DAP sudah sepak terajang PAS di Pulau Pinang. Hanya di Selangor, Azmin bermain wayang dengan PAS kerana takut hilang kerajaan negeri. Sampai bila Azmin boleh bermain wayang sebegini? 

Sampai bila juga lebai lebai PAS di Selangor mahu jadi bodoh dengan Azmin? Bila pilihanraya nanti, sudah pasti PAN akan ambil alih semua kerusi PAS di Selangor. 

8 Februari 2016, Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim menyatakan akan bertanding di 8 kerusi PAS di Selangor. PAN dibiayai dan mendapat habuan dari DAP. Silap silap kalau kena percaturan, PAN dan DAP boleh bergabung bentuk kerajaan negeri. 

Bukan itu sahaja, kombinasi PAN dan DAP mampu kuasai majoriti dalam dewan dan seterusnya memilih bakal MB yang baru gantikan Azmin. Itu belum dikira lagi PPBM yang bersama menyokong Pakatan Harapan.

Rugilah Azmin kalau masih anggap Pakatan Harapan ini tidak wujud dan enggan membuat organisasi PH di Selangor. Silap silap PAN dan DAP gulingkam Azmin nanti.

Kalau di Pulau Pinang, Guan Eng sudah pasti berada di posisi paling atas dalam organisasi itu kerana beliau adalah seorang Ketua Menteri, di Selangor mungkin Azmin akan berada di kedudukan kedua memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang adalah Presiden Pakatan Harapan iaitu Wan Azizah. 

Tambahan pula, Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang dalam Parlimen. Mungkin ini sebabnya Pakatan Harapan tidak ada organisasinya di Selangor. Hendak pilih Azmin atau Wan Azizah sebagai ketua PH di Selangor? 

Situasi di Selangor bukti pembangkang ini tidak berpakat sebenarnya dan bila bila masa sahaja mereka boleh bergaduh sesama mereka kerana kuasa. 

Rakyat jangan terpedaya dengan pembangkang. Semasa mereka pun tidak boleh diharap, macam mana hendak beri harapan pada rakyat. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget