KL CHRONICLE: UBER & GABUNGAN tandatangani MoU untuk bekerjasama bagi membantu pemandu teksi #DemiRakyat #SPAD

Wednesday, July 12, 2017

UBER & GABUNGAN tandatangani MoU untuk bekerjasama bagi membantu pemandu teksi #DemiRakyat #SPAD


Syarikat e-hailing terkemuka dunia, UBER dan Gabungan Persatuan dan Syarikat - Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN) telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding) bagi memulakan satu program dimana pemandu - pemandu teksi yang terbaik dari GABUNGAN akan dibenarkan untuk memandu didalam rangkaian UBER menggunakan teksi mereka.




Bagi kami di #KLChronicle, perjanjian ini merupakan satu perkembangan yang sangat sihat bagi industri pengangkutan awam darat negara. Ini kerana, dengan inisiatif antara UBER dan GABUNGAN, pemandu didalam GABUNGAN dapat menambah pendapatan mereka dengan "menumpang" didalam rangkaian UBER dan pada masa yang sama UBER juga dapat menambah pendapatan syarikat dengan mengenakan service charge seperti yang mereka lakukan sekarang.

Kerjasama yang dimeterai oleh UBER dan GABUNGAN juga sekaligus mengagalkan usaha pihak pembangkang terutamanya Rafizi Ramli yang cuba melagakan pemandu teksi dan pemandu UBER/GRABCAR. Ini masalah yang kita ada dengan pihak pembangkang, mereka ini bukan mahu memberikan cadangan atau pun input untuk terus memantapkan industri pengangkutan awam darat negara tetapi lebih menjurus kepada menjahanamkan apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Kami di #KLChronicle tidak akan berasa pelik jika selepas ini Rafizi Ramli mula menghentam UBER dan GABUNGAN kerana apa yang dilakukan oleh UBER dan GABUNGAN telah sedikit sebanyak merosakkan rancangan Rafizi Ramli untuk mewujudkan ketegangan/krisis antara pemandu teksi dan UBER/GRAB.

Akhir sekali, tahniah dan syabas kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana terus berusaha dengan konsisten dan gigih dalam memantapkan industri pengangkutan awam darat negara walaupun dikecam teruk oleh pihak pembangkang. Pihak pembangkang ini apa yang mereka tahu selain mengkritik dan seterusnya menjahanamkan negara?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget