Semalam Malaysiakini berbohong apabila mengatakan penumpang MRT dipaksa duduk di belakang TREN ketika lawatan PM Najib Razak ke MRT Line Sg Buloh-Kajang Fasa 2 yang akan dibuka 17 Julai nanti.
Fakta 1: Dalam gambar tersebut, ia adalah bas bukan tren
Fakta 2: PM Najib dan rombongan mencuba line MRT SBK yang akan dibuka 17 Julai nanti, oleh itu penumpang berbayar akan turun di Semantan, stesen terakhir setakat ini.
Malaysiakini yang mengaku BEBAS dan kononnya tidak berat sebelah, jelas sekali lagi telah menunjukkan sifat sebenarnya yang suka menyebarkan berita buruk mengenai PM Najib dan kerajaan.
Kisah MRT yang siap dan bermanfaat kepada rakyat sepatutnya menjadi berita baik, kini dikatakan agenda politik semata-mata. Salah siapa sebenarnya?
No comments:
Post a Comment