Thursday, June 1, 2017

Video "keberanian" PM @NajibRazak kini viral di Media Sosial #TN50 #Negaraku #Malaysia




Pertama sekali kami di#KLChronicle ingin ucapkan terima kasih kepda pihak yang menghasilkan video diatas. Bukti keberanian Perdana Menteri dalam memacu ekonomi negara ketika ekonomi dunia bergolak sangat dihargai.  




Sejak mengambil-alih tampuk kepimpinan negara, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak secara berterusan telah diserang oleh pihak pembangkang dengan kononya Perdana Menteri gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik.


Kadar defisit fiskal negara menurun bukti program transformasi negara berhasil dan membawa kejayaan
Tetapi setelah beberapa kajian yang dilakukan oleh pihak antarabangsa, terutamanya Internationl Monetry Fund (IMF) dan Bank Dunia membuktikan bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang stabil, kukuh dan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.


Hanya yang berani mampu membawa perubahan, walaupun tidak popular namun ianya penting untuk masa depan negara
Malah jika dilihat dari segi pentadbiran ekonomi Perdana Menteri ianya membuktikan bahawa Malaysia kini menuju kearah negara berpendapatan tinggi. The data is there for all to see. Pertama sekali cuba lihat kadar defisit fiskal negara. Semasa awal pentadbiran Perdana Menteri kadar defisit fiskal negara adalah pada tahap yang agak tinggi iaitu 6.7%. Kini selepas hampir 8 tahun mentadbir negara kadar fiskali negara telah menurun ke kadar hanya 3.1% dan ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik. 

Selama 8 tahun pemerintahan Perdana Menteri juga beliau telah melakukan beberapa transformasi ekonomi, walaupun tidak popular namun sekarang terbukti bahawa Perdana Menteri was  ahead of his time in planning for the future of the country. Antara keputusan tepat yang diambil oleh Perdana Menteri adalah dengan memperkenalkan GST. Walaupun GST ini tidak popular dan was a political suicide bg kerajaan namun Perdana Menteri berani kan diri juga kerana beliau tahu ianya penting untuk rakyat.

Akhirnya keputusan yang dibuat dalam memperkenalkan GST adalah tepat, Ini kerana selepas sahaja GST diperkenalkan harga minyak mentah dunia jatuh hampir 70% iaitu dari setinggi USD140 dolar kepada hanya USD30 dolar namun kita tidak terasa sangat dengan kejatuhan ini kerana kerajaan telah ambil langkah awal untuk diversify pendapatan negara dan tidak berharap hanya kepada pendapatan petroleum dari PETRONAS. 

Cuba bayangkan jika GST tidak dilaksanakan dan pendapatan negara berkurang hampir 70%. Mana kerajaan hendak mencari duit membayar gaji kakitangan awam, melaksanakan projek infrstruktur demi rakyat selain memberikan pelbagai subsidi contohnya perubatan dan sebagainya?

Oleh yang demikian kami di #KLChronicle berharap pembaca serta penyokong kami berterusan yakin dengan pentadbiran Perdana Menteri dan pasukan beliau kerana they are doing a good job. Takkan kita hendak Dr.Wan Azizah pula yang menjadi PM dan menguruskan ekonomi negara kita?

Ada yang mahu begitu?


Kepada pihak pembangkang sudah - sudah lah cuba mentabotaj ekonomi negara. 

No comments:

Post a Comment