Saturday, June 17, 2017

UMNO Seputeh santuni penduduk rumah pangsa Kuchai Lama #DemiRakyat #Negaraku #Malaysia

YB Senator Datuk Mustapa Kamal ketika merasmikan program
Seramai 40 keluarga terpilih dalam kalangan penduduk Rumah Pangsa Kuchai Lama di sini diraikan sempena Program Sumbangan Prihatin Ramadan anjuran Komuniti 1Malaysia (K1M) kawasan perumahan tersebut hari ini.





Sumbangan berupa keperluan dapur berserta wang tunai itu disampaikan Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff yang turut merasmikan program sebelum berbuka puasa bersama-sama penduduk.
YB Senator Datuk Mustapa Kamal menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan
Mustapa Kamal merangkap Ahli Dewan Negara, berkata, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan wakil pemimpin dalam kalangan penduduk setempat itu mainkan peranan efektif mendekati akar umbi lebih-lebih lagi ditunjangi pemimpin muda.

Katanya, penubuhan K1M Rumah Pangsa Kuchai Lama di bawah Jabatan Penerangan itu dapat menggerakkan pelbagai program kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat dengan peruntukan disalurkan sampai kepada kelompok sasaran.

Orang - orang penting yang menjayakan program Komuniti 1 Malaysia 
“Ini juga merupakan serampang dua mata bagi UMNO Bahagian Seputeh dalam bersiap menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan mendengar keluh-kesah dan berdamping dengan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment