Saturday, June 17, 2017

PCM mahu taraf kerakyatan ADUN DAP dilucutkan serta merta


*Kenyataan Media*
*Datuk Huan Cheng Guan*
*Timbalan Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*

1. Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuching hari ini yang memutuskan bahawa Dr. Ting Tiong Choon daripada DAP kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Rujukan: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/dr-ting-kekal-sebagai-adun-pujut-1.494183




2. Pertama sekali saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Namun ini tidak mengubah apa - apa fakta bahawa ADUN Pujut Dr. Ting Tiong Choon pernah menjadi warga negara Australia sehingga Tahun 2016. 

Rujuk : http://m.thesundaily.my/node/445080

3. Apabila Dr. Ting Tiong Choon memohon dan menjadi warganegara Australia, secara automatik kewarganegaraan beliau akan gugur. Ini jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara negara lain.

Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/16/zahid-hilang-kewarganegaraan-malaysia-jika-pegang-2-warganegara/

4. Oleh yang demikian, PCM dengan ini mendesak Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalan Negeri dengan serta melucutkan taraf kewarganegaraan Dr. Ting Tiong Choon kerana tindakan beliau ini dengan terang dan jelas melanggar undang - undang serta perlembagaan negara. 

5. Selepas taraf kewarganegaraan beliau dilucutkan, Speaker DUN Sarawak boleh memohon supaya jawatan ADUN Dr. Ting Tiong Choon dilucutkan kerana terbukti dengan jelas bahawa Dr. Ting dan DAP telah menipu pengundi Pujut dengan menjadi Pilihan Raya Negeri walaupun dari segi perlembagaan hak kewarganegaraan beliau secara automatik telah lucut ketika beliau menjadi warganegara Australia.

6. PCM juga mendesak kerajaan supaya tegas dan serius dalam hal ini. Taraf kerakyatan Malaysia bukan lah perkara yang boleh dibuat main - main dan tindakan tidak bertanggungjawab DAP ini membuktikan mereka langsung tidak menghormati undang - undang dan perlembagaan negara kita.

Persoalanya, berapa ramai lagi pemimpin DAP yang mempunyai kerakyatan negara lain selain Malaysia? 

*Terima Kasih*

1 comment:

  1. Setuju dengan PCM. Camna hakim ni menginterpritasi undang2 ye?

    ReplyDelete