Pakar ekonomi Parti keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang konon nya menggunakan data Bank Dunia, International Monetery Fund (IMF), serta bantuan dari pakar industry Minyak dan Gas yang berkata bahawa harga minyak negara pada bulan Jun 2017 akan mencapai RM 2.70 hari ini didapati menipu kepada rakyat di negara ini kerana fakta beliau semuanya tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Rakyat harus sedar bahawa Rafizi Ramli ini bukan seorang pakar ekonomi. Beliau hanya seorang pakar membuat fitnah, menipu rakyat untuk kepentingan politik beliau, parti PKR dan juga untuk kepentingan Anwar Ibrahim. Rakyat juga harus sedar bahawa tugas utama Rafizi Ramli adalah untuk menghasut rakyat membenci kerajaan dengan apa cara sekalipun. Persoalannya sekarang, sampai bila rakyat Malaysia hendak terus ditipu oleh Rafizi Ramli?
Kepada anak - anak muda, berhenti menjadikan Rafizi Ramli sebagai idola anda. Jangan jadi bodoh dengan mengikut telunjuk seorang yang sudah banyak kali dibawa ke mahkamah kerana memfitnah dan berbohong. Adakah anda mahu seorang pembohong menjadi Perdana Menteri di negara yang kita cintai ini?
No comments:
Post a Comment