Insiden ini merupakan yang kedua dalam tempoh tiga tahun, adakah ianya dirancang? |
Baru - baru ini umat Islam dikejutkan dengan satu insiden di Bazar Ramadhan Kluang dimana Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong "konon" nya telah dikasari oleh beberapa orang pemuda ketika beliau sedang mengedarkan kurma kepada masyarakat setempat.
Susulan insiden ini, heboh di media sosial dimana dikatakan orang Islam bersikap terlalu sensitif, agresif dan pelbagai lagi tohmahan buruk terhadap agama kita tanpa memberi ruang kepada umat Islam mempertahankan diri kita.
Muhyiddin Yassin kini menjadi jurucakap DAP? |
Lebih menyedihkan, insiden ini kemudian digunakan oleh pemimpin Islam sendiri untuk mempertahankan DAP walhal jika diteliti dengan lebih mendalam isu ini sebenarnya memberikan "political mileage" kepada pihak DAP.
Ini kerana, umum ketahui ketika ini dari segi politik umat Islam dilihat stabil apabila UMNO & PAS kini tidak lagi "bergaduh" seperti dahulu dan masing - masing kini hanya menjaga parti sendiri. DAP tahu bahawa kesatuan umat Islam adalah tidak baik dari segi politik untuk mereka.
Oleh itu mereka perlu mencipta satu isu dimana umat Islam akan bertelegah sesama sendiri dan insiden di Kluang merupakan satu "trigger point" dimana umat Islam akan mula bergaduh sesama kita kerana ada yang setuju dengan tindakan pemuda tersebut dan ada yang mungkin tidak bersetuju. Perbalahan ini digunakan DAP dengan menghantar balaci mereka untuk mengeruhkan keadaan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagi kami di #KLChronicle, insiden di Kluang ini merupakan insiden pertama dari banyak lagi insiden yang akan berlaku sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. DAP akan cuba bermain wayang konon nya orang Cina ini ditindas/dikasari oleh orang Melayu oleh itu mereka perlu bersatu dengan mengundi DAP.
Strategi ini telah mereka guna pada PRU 2008 dan 2013. Nampaknya kali ini modus operandi mereka masih sama. Tetapi adakah kita umat Islam akan terus tertipu dengan muslihat DAP ini?
No comments:
Post a Comment