KL CHRONICLE: Pesanan untuk sahabat berbangsa Cina #Negaraku #Malaysia

Saturday, May 6, 2017

Pesanan untuk sahabat berbangsa Cina #Negaraku #Malaysia


Kepada sahabat - sahabat yang berbangsa Cina, jika anda mahukan Malaysia yang lebih baik dan aman anda perlu tinggalkan DAP. Kerana DAP lah punca kepada perbalahan kaum di Malaysia. Sebelum DAP mula berkuasa iaitu sebelum tahun 2008, hubungan antara kaum di Malaysia sangat harmoni dimana setiap kaum diwakili oleh parti - parti yang matang sepert UMNO untuk orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk orang India. 



Namun akibat permainan rasis dan jijik DAP dalam menjadi duri dalam daging hubungan baik antara kaum membuatkan orang Melayu memandang serong terhadap orang cina dan orang Cina juga memandang serong melihat orang Melayu. Apabila terlalu lama sangat perasaan tidak puas hati ini dipendam, ianya akan meletus juga satu hari nanti dan akhirnya menyusahkan semua pihak.


Masyarakat Cina perlu sedar bahawa DAP bukan membawa perjuangan Malaysia for Malaysian. Tetapi DAP cuba membawa perjuangan Malaysia for Chinese. Dimana itu sangat merbahaya dan boleh mencetuskan rusuhan kaum yang sangat teruk. Ini berbeza dengan MCA yang sejak dari mula merdeka percaya kepada perkongsian kuasa antara kaum di Malaysia supaya negara dapat berkembang maju dan seterusnya membawa kesejahteraan kepada rakyat. 

Lebih membimbangkan, beberapa hari lagi 13 Mei akan datang. Dimana tarikh yang kita semua tidak suka. Tarikh yang meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan kaum di Malaysia yang sehingga hari ini masih terasa lukanya. Kenapa terjadinya 13 Mei ? 

Peristiwa ini terjadi juga disebabkan oleh DAP.

Sejak 1957 Umno dan rakan - rakannya seperti MCA dan MIC dapat hidup dengan tertib dan damai dimana semua kaum saling menghormati antara satu sama lain. Malah semua kaum di Malaysia sanggup berkongsi "economic pie" dan juga "political power" supaya Malaysia terus aman dan makmur. 

Masyarakat Cina harus memilih MCA dan menolak DAP
Tetapi bila lahirnya DAP pada tahun 1966, rasa tidak puas hati antara kaum mula tersemai di negara ini. Benih - benih perkauman yang disemai oleh DAP itu mula membuahkan hasil pada 1969. Dimana tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei. Sejarah telah membuktikan kita semua dapat hidup rukun dan damai tanpa DAP. 

Kepada masyarakat Cina, tolak DAP dan pilih lah MCA supaya Malaysia akan lebih makmur dan rakyat akan hidup aman dan damai antara satu sama lain. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget