KL CHRONICLE: Pakatan Harapan Berkecai, PH Sudah Jadi Pakatan Hancur

Wednesday, May 3, 2017

Pakatan Harapan Berkecai, PH Sudah Jadi Pakatan Hancur

Lim Kit Siang punca perpecahan pembangkang
Pakatan Harapan hanya menunggu masa untuk disemadikan sekali lagi. Lebih singkat kali ini umurnya berbanding Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. 




Kehancuran PH ini lebih cepat dengan kehadiran PPBM dan PBR dan bila tumbangnya kerajaan PKR, Azmin Ali di Selangor.

Harapan untuk pembangkang bergelar kerajaan di Putrajaya sekadar tinggal harapan dan angan-angan Mat Jenin sahajalah. Sesuailah dengan nama "harapan" pun.

Sudah dua bulan lepas, PH mesyuarat tentang nama, logo dan organisasi. Akhirnya semua cadangan hanya tinggal harapan sahajalah. 

Pergolakan teruk di Selangor menguatkan lagi desas-desus ini. Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali cukup tertekan sehingga terpaksa lari ke Mesir dan Morocco.

Lebih parah lagi kebanyakan Exco Kerajaan Negeri semasa era pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ikut serta dalam rombongan Azmin.

Mungkinkah mereka ini yang disebut-sebut sebagai 4 orang ADUN Selangor yang bakal melompat parti tidak lama lagi?

Jika jadi begitu, Azmin sudah defisit sokongan sebanyak 4 kerusi di DUN. Hanya Iskandar Samad dari PAS sahaja yang dilihat enggan letak jawatan sebagai exco. Khabarnya sanggup bersama Azmin sebab dijanjikan tempat bertanding di parlimen Pandan pada PRU14 nanti.

Kalau betul Iskandar ikut keputusan cerai dengan PKR masa muktamar, bila Naib Presiden PAS itu mahu meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor ? Siapa sebenarnya Imam ikutan Iskandar Samad, Azmin atau Hadi Awang? 

Krisis dalaman PPBM juga sudah semakin meruncing. Apabila Mahathir mula menghalau para ahlinya keluar dari parti itu jika tidak mahu mengikut telunjuk kepadanya. Sudah nampak ketara berlari-lari ahli PPBM keluar parti, mungkin termakan hati dengan super ego  Mahathir. 

Dikala ahli-ahli UMNO berlari-lari menuju PWTC membawa Sang Saka Bangsa untuk meraikan ulangtahun ke 71 parti keramat itu, ahli parti Mahathir pula berlari keluar parti. 

Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang. Pemimpin PAS, Salleh Man dikatakan bakal kena pecat tidak lama lagi dari 3 jawatannya yang diberikan Guan Eng. Masing-masing sudah bercelaru, saling tuduh menuduh sesat antara DAP dan PAS.

Dalam PAN juga tidak kurang hebatnya. Mat Sabu sekarang ini semakin genting untuk berada di kerusi presiden parti. Kalah di mahkamah dalam kes artikel komunis bukti apa yang Mat Sabu cakap menghina pejuang Bukit Kepong ada asasnya.

Kehadiran Husam Musa ke dalam parti serpihan itu membuatkan pengaruh Mat Sabu kian pudar, sepudar populariti partinya itu. Dipercayai Husam sedang mengintai jawatan Presidan PAN.

DAP juga tidak terlepas dari lubang kehancuran. Pendaftar Pertubuhan (ROS) mungkin akan putuskan bahawa parti 'chuavinist' itu tidak boleh lagi menggunakan logo DAP dalam pilihan raya akan datang. Ini lagi mencemaskan penguasa Pakatan Harapan berkenaan. Desakan Hadi Awang untuk hancurkan DAP nampak menjadi.

Kini PH dalam keadaan terdesak sangat. PH bukanlah lagi Pakatan Harapan sebaliknya telah menjadi Pakatan Hancur yang menunggu masa tenggelamnya kapal mereka. 

Hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja akan terus menahkhoda kapal berlubang yang sedang menunggu karam itu. Kit Siang pun mungkin akan campak keluar Mahathir jika dia bercakap benar dalam isu Forex. Abislah riwayat Pakatan Harapan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget