KL CHRONICLE: Mukhriz Masih Tidak Berpijak Di Bumi Yang Nyata

Wednesday, May 24, 2017

Mukhriz Masih Tidak Berpijak Di Bumi Yang Nyata

Mukhriz dan mentor beliau Lim Kit Siang
Mungkin berang kerana namanya tiada sebagai calon pilihan untuk Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir bertindak menegur kononnya calon haruslah ditentukan Pakatan Harapan bukannya PKR.

Apa sebenarnya yang boboi mahu? Boboi bukan pun Presiden mana mana parti komponen dalam Pakatan Harapan, mengapa masih tidak puas hati?



Berpijaklah di bumi nyata. Sebab itulah dalam "shadow cabinet" yang diedar dalam Kongres PKR itu, Mukhriz hanya dinamakan sebagai Menteri MITI sahaja.

Maknanya hanya PPBM yang tidak setuju Anwar dipilih jadi PM ke 7. Semua pemimpin komponen lain yang berada di atas pentas Kongres Nasional PKR  setuju "endorse" Anwar sebagai bakal PM ke 8 sebenarnya.

Itupun kalau sempat Anwar bertanding pada PRU15, nama Wan Azizah sebenarnya yang patut ditulis dan diangkat di plakad tersebut sebagai PM ke 7 pilihan PH.

Kenapa nama Wan Azizah tidak ditulis? Tentu sekali Azmin dan beberapa pemimpin DAP akan menyertai Mahathir dan Muhyiddin tidak akan mengangkat plakad itu nanti kalau nama Wan Azizah yang dtulis. Sebenarnya nama Anwar sebagai PM ke 7 itu hanyalah gimik semata mata.

Namun gimik itu sudah cukup buat Mahathir dan Mukhriz meloncat dan mengelabah. Apa tidaknya? Perjanjian sulit DAP dan Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai PM sudah dimungkiri. DAP main belakang pula dengan PKR untuk angkat Anwar Ibrahim pula.

Mahathir dilantik jadi Penasihat dalam PH sebagai nasihat Mahathir, DAP dan PKR tidak pakai pun. Jawatan Penasihat itu hanyalah boneka sahaja untuk "screw" undi Melayu pada PRU14.

Dalam hal pemilihan calon PM, Mukhriz sepatutnya hentam DAP dan bukannya PKR. Mukhriz takut nak "jerkah" DAP. Ini kerana DAP yang ada kuasa putus "king maker" dan suara majoriti dalam Pakatan Harapan bukannya PKR.

Mukhriz takut hendak balun DAP kerana masih menaruh harapan DAP akan "U Turn" dan menyokongnya kembali secara sulit untuk menjadi PM. Mukhriz juga khabarnya sudah berkira kira mahu tanding atas tiket DAP di salah satu parlimen di Selangor jika apa apa berlaku pada PPBM.

#KononnyaBoboiAkanJadiPMke7 masih lagi menjadi angan angan Mat Jenin bagi Mukhriz. Masih lagi berfantasi dan tidak berpijak di bumi nyata.

Dua hari lepas, DAP yang beri kuasa pemutus siapa  parti komponen yang akan mengetuai Pakatan Harapan di Kedah. DAP lantik PAN untuk jadi ketua PH di Kedah. Sepatutnya di Kedah, DAP pilihlah PPBM, tapi DAP tidak buat begitu.

DAP berpijak di alam nyata dalam soal ini. PPBM hanya ada 6,000 ahli sahaja di seluruh negeri Kedah, dan itupun jumlah itu sudah berkurang separuh kerana pergolakan dalaman yang sedang berlaku. Buat apa DAP hendak pilih PPBM, baik angkat PAN.

Nampaknya senyum lebarlah Mahfuz dan Mat Sabu di Kedah. Mereka berdua lagi besar darjatnya dari Mukhriz dalam hirarki PH di Kedah.

Di Kedah pun Mukhriz kalah dengan Mat Sabu, macam mana hendak berangan rangan jadi PM bagi pihak PH?

Apapun dalam soal ini Mukhriz benar-benar tidak berpijak di bumi yang nyata. Apa yang berlaku semasa kongres PKR itu pada hakikatnya telah membayangkan hasrat sebenar kepimpinan Pakatan Harapan.

PKR dan DAP juga sudah nampak "true colour" Mahathir masa Kongres PKR itu. Mahathir hanya mahu agenda peribadinya sahaja dipenuhi dan dituruti iaitu jadikan Mukhriz sebagai PM.

Kononnya bila buat parti PPBM dan masuk PH, maafkan Kit Siang sebagai rasis, turunkan tandatangan pada penjara replika Anwar, pakai "button" Free Anwar, kononnya bila buat semua ini DAP dan PKR akan ikut apa sahaja cakap Mahathir? Tidak jadi begitu.

Mahathir hendak satu sahaja, iaitu jadikan Mukhriz sebagai PM. DAP, PKR dan PAN berpijak di bumi nyata, mereka "tak mau dengaq" cakap Mahathir.

Hanya Mahathir dan Mukhriz masih tidak berpijak di bumi nyata. Perang besarlah dalam PH selepas ini sebab calon PM ini. Tengoklah  nanti.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget