Baru - baru ini, rakyat beragama Islam di Malaysia dikejutkan dengan satu buku yang ditulis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Hannah Yeoh yang bertajuk "Becoming Hannah A Personal Journey". Antara key mesej yang disampaikan didalam buku ini adalah bagaimana:
1. Penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen
2. Bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian
3. Bagaimana beliau menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.
Pendedahan yang dibuat oleh Hannah Yeoh ini telah membuka mata ramai pihak, terutamanya orang beragama Islam dimana mereka berasa terancam dengan gerakan pihak Kristian dalam menyebarkan dakwah mereka secara terbuka di negara ini. Malah, ramai juga mempersoalkan apa mesej yang cuba disampaikan oleh Hannah Yeoh apabila beliau meminta Felo Kristian dari Seberang Laut dan pengikut Kristian untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.
Adakah "seruan" Hannah Yeoh ini satu bentuk "rallying call" kepada semua orang Kristian untuk mengundi pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang? Jika Ya ini juga merupakan satu perkara yang wajar membimbangkan orang Melayu Islam di negara ini. Sejak merdeka, kerajaan di Malaysia telah dibentuk dan diacu berlandaskan prinsip - prinsip agama Islam dimana Duli Yang Maha Muli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Agama Islam di negara ini.
Adakah kita mahu nikmat dan keistimewaan ini dirampas dari kita?
Kembali kepada gerakan Kristian di negara ini dan penglibatan Hannah Yeoh, ramai juga yang bertanya selain Hannah Yeoh, berapa ramai lagi pemimpin - pemimpin kanan DAP yang dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen? Jangan lupa didalam DAP antara pemimpin tertinggi mereka juga merupakan seorang Kristian iaitu Joseph Lim Guan Eng, Teresa Kok, Jeff Ooi dan sebagainya.
Mereka ini juga antara yang kuat dan lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak apabila berita tentang dana bantuan sebanyak hampir RM 2.6 billion diterima oleh Perdana Menteri dari Penjaga Dua Masjid Suci , Raja Abdullah Abdulaziz al Saud, Raja Arab Saudi. Jika difikirkan kembali, adakah kritikan dari DAP ini juga merupakan agenda jahat yang dimainkan oleh gerakan Kristian dari belakang tabir untuk menghuru - harakan kerajaan Islam Malaysia?
Kami di #KLChronicle jangkakan menjelang PRU yang akan datang, akan lebih hebat lagi serangan pihak DAP terhadap UMNO dan ini sudah semestinya menggembirakan gerakan kristian yang berada di belakang tabir. Ingat, PRU - 14 yang akan datang adalah antara Najib Razak - Zahid Hamidi vs. Lim Kit Siang - Lim Guan Eng. Persoalanya, siapa yang kita mahu?
Renungkanlah.
No comments:
Post a Comment