KL CHRONICLE: MCA bidas @cmlimguaneng jual tanah milik rakyat di Peel Avenue tanpa tender terbuka #Negaraku #Malaysia

Friday, May 26, 2017

MCA bidas @cmlimguaneng jual tanah milik rakyat di Peel Avenue tanpa tender terbuka #Negaraku #Malaysia


Baru - baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang dengan angkuhnya telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah menjual tanah seluar 2.5ha milik kerajaan negeri di Peel Avenue kepada sebuah syarikat Singapura TANPA TENDER TERBUKA. Malah dipercayai harga yang dijual juga adalah BELOW MARKET PRICE berdasarkan harga semasa tanah - tanah di kawasan sekitar Peel Avenue. 



Menyedari bahawa rakyat Pulau Pinang telah kehilangan satu aset yang sangat berharga apabila tanah kerajaan negeri dijual kepada syarikat luar negara (Singapura), Setiausaha MCA Pulau Pinang, Dr. Tan Chuan Hong telah mendesak kerajaan negeri supaya memberikan penjelasan KENAPA TIDAK ADA TENDER TERBUKA diadakan dalam proses menjual tanah ini kepada syarikat asing. 

“The land price in Persiaran Gurney is RM1,500 per square foot and RM1,000 per square foot in Pulau Tikus but the state government sold the Peel Avenue’s land for only RM560 per square foot,” he said yesterday.
Ini membuktikan bahawa Lim Guan Eng telah menjual harga tanah yang dimilik oleh rakyat Pulau Pinang dengan diskaun sebanyak hampir 75% kepada satu syarikat Singapura tanpa melalui proses tender terbuka. Persoalan yang dibangkitkan oleh MCA adalah:
 “Did Penang’s past development projects not involve foreign investments?
“Why did past foreign investments require an open tender?
 “Why should this land be transferred to the Chief Minister Incorporated (CMI) before selling?”

Kami di #KLChronicle mengambil sedikit masa untuk melakukan beberapa kajian terhadap sikap hipokrasi DAP ini dan ini adalah hasilnya:

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang, beliau dengan jelas mengatakan bahawa hanya proses Tender Terbuka dapat membuktikan ketelusan kerajaan BN. Malangnya anak beliau sendiri mengamalkan prinsip "direct nego" dalam projek kerajaan negeri. Cakap tidak serupa bikin

Penasihat DAP Dr. Chen Man Hin juga mahu kerajaan BN mengamalkan proses Tender Terbuka dalam projek kerajaan tetapi DAP sendiri tidak mengamalkan prinsip ini di Pulau Pinang
Lim Guan Eng pada Tahun 2012 sebelum PRU mengatakan bahawa semua tender kerajaan harus diberi secara "Open Tender" tetapi beliau sendiri tidak mengamalkan perkara ini

Rafizi Ramli yang juga pernah menghentam Khalid Ibrahim kerana tidak melalui proses "Tender Terbuka" dalam projek KIDEX tetapi kini diam seribu bahasa dengan Lim Guan Eng. Kenapa?


Hasil kajian kami menunjukkan bahawa DAP termasuk pemimpin pembangkang mengamalkan sikap hipokrit dimana bagi kerajaan BN mereka menekan supaya tender terbuka diadakan tetapi bila ianya melibatkan kerajaan mereka seperti di Pulau Pinang, it is ok untuk mengamalkan "direct nego" dengan syarikat luar negara seperti dari Singapura. Persoalan sekarang mengapa kerajaan negeri begitu "sayang" sekali dengan syarikat Singapura ini sehingga sanggup menjual tanah milik rakyat hampir 75% dibawah harga pasaran?

Kasihan rakyat Pulau Pinang, tanah sendiri digadai oleh kerajaan negeri kepada Syarikat Singapura, jangan nanti seluruh pulau dijual kepada syarikat luar dan rakyat negeri sendiri hidup merempat dan menumpang di negeri lain. Adakah ini yang kita mahu? 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget