KL CHRONICLE: Gambar awek 21 tahun kapten termuda @MyRapidKL #Negaraku #Malaysia

Wednesday, May 10, 2017

Gambar awek 21 tahun kapten termuda @MyRapidKL #Negaraku #Malaysia


[Kenali Aina Gadis Termuda Kapten LRT]

Saya Nur Aina Asmida bt Jamaliddin, berumur 21 tahun. Saya berasal dari kampung pasir panjang, sekinchan selangor. Saya merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. 

Sebelum saya mula bekerja di Rapid Rail, saya bekerja di sebuah kedai menjual fast food di ampang. Saya bekerja di kedai tersebut selama 4 bulan. Selama saya bekerja di situ, saya akan menggunakan public transport iaitu LRT dari Maluri ke Ampang setiap hari. 




Bermula dari situ, saya berminat untuk tahu tentang train. Saya berminat untuk tahu macam mana cara nak pandu dalam masa yang sama, mengendali penumpang2 yang menaiki train. Dari kecil saya memang sudah terbiasa melakukan kerja2 yang agak lasak. 

Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Saya suka mencuba kerja yang lelaki boleh buat. Bila saya tengok ada pemandu perempuan memandu train, saya terus terdetik dan berminat untuk mencuba kerja ini. 


Saya bersekolah di sek.keb.sg limau (sekolah rendah), smk sg besar (sekolah menengah). 
Pada mula nya keluarga saya tak membenarkan saya untuk bekerja sebagai pemandu train ini kerana kerja yang agak merbahaya dan mencabar. Tetapi selepas saya bertanya tentang syarikat prasarana, saya bertanya tentang macam mana kerja di rapid rail, keluarga saya membenarkan saya bekerja di sini kerana mereka tahu kerja ini ada satu pekerjaan yang bagus. 

Selepas itu saya memberanikan diri untuk saya menghantar resume dengan harapan saya mendapat kerja ini kerana saya tidak begitu yakin saya dapat kerja ini seaawal usia saya. Alhamdulillah akhirya saya dapat. Saya berterima kasih kepada keluarga saya kerana menyokong saya, rakan2 dan juga orang sekeliling saya.

1 comment:

Unknown said...

Awk ampang area mana

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget