KL CHRONICLE: Rakyat Seremban harus buka mata, jangan undi DAP lagi pada PRU akan datang, baik undi MCA!

Saturday, April 22, 2017

Rakyat Seremban harus buka mata, jangan undi DAP lagi pada PRU akan datang, baik undi MCA!


1. Sejak Tahun 2013, pengundi di kawasan Parlimen Seremban sudah pastinya menyesal mengundi pemimpin DAP, Anthony Loke sebagai wakil rakyat mereka. Umum ketahui bahawa wakil - wakil rakyat DAP mempunyai rekod yang sangat buruk dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.


2  Siapa boleh lupa isu di Gelang Patah, Johor dimana rakyat di situ berang dengan tindakan pemimpin Agung DAP Lim Kit Siang yang ghaib selepas PRU - 13 dan tidak langsung berkhidmat kepada rakyat dikawasan tersebut. Akibat sikap tidak bertanggungjawab Lim Kit Siang, pusat khidmat masyarakat MCA menjadi tumpuan para penduduk memohon bantuan termasuk bantuan dari kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional. 

3. Ini sama juga kes di Raub, Pahang dimana rakyat disitu kecewa apabila Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri selalu meluangkan masa di Kuala Lumpur dan tidak pulang ke kawasan untuk bersama - sama masyarakat dalam program -program kemasyarakatan. Malah di Raub dua ADUN UMNO dan wakil MCA yang memainkan peranan sebagai wakil rakyat akibat "kehilangan" Ariff Sabri. 

4. Kembali kepada kawasan Parlimen Seremban, umum ketahui bahawa pada PRU akan datang Anthony Loke akan berpindah ke kerusi parlimen yang lain kerana beliau tahu jika beliau kekal di Seremban beliau akan kalah kerana gagal berbakti serta berkhidmat untuk masyarakat.

5. Perkara ini pernah terjadi pada Tahun 2008 apabila Anthony Loke bertanding di Rasah dan kemudian pada Tahun 2013 beliau bertukar ke Seremban. Ini merupakan modus operandi kebanyakan pemimpin DAP dimana setiap PRU mereka akan melompat ke tempat lain kerana mereka tahu jika mereka kekal di tempat yang sama mereka akan tewas. 


6. Persoalanya sekarang, adakah rakyat di kawasan - kawasan DAP mahu ditipu sekali lagi dengan pemimpin DAP yang sememangnya tidak buat kerja atau pun pada PRU akan datang cuba berubah dengan memberi undi kepada calon BN dari MCA.  Bagi kami di #KLChronicle, tidak ada salah jika penyokong DAP cuba sekali untuk memberi kemenangan kepada calon MCA di Seremban dan jika calon ini menjadi Ahli Parlimen dan wakil rakyat yang baik beliau seterusnya dikekalkan. 

7. Penyokong DAP serta rakyat di Seremban perlu bangkit membuktikan bahawa mereka tidak mudah ditipu oleh DAP. Bagi kami, masyarakat Cina merupakan antara yang paling bijak dalam memilih pemimpin untuk berkhidmat untuk mereka malangnya sudah di tiga tempat (Gelang Patah, Raub dan Seremban) mereka ditipu. Adakah mereka mahu ditipu sekali lagi pada PRU - 14 yang akan datang?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget