KL CHRONICLE: @Huan2u : @cmlimguaneng terus tindas rakyat #Penang, kini naik surcaj lebih 100%

Monday, April 24, 2017

@Huan2u : @cmlimguaneng terus tindas rakyat #Penang, kini naik surcaj lebih 100%


*Kenyataan Media*
*Datuk Huan Cheng Guan*
*Naib Presiden Parti Cinta Malaysia*

*23 April 2017*

*_Lim Guan Eng terus tindas rakyat Pulau Pinang,kini naik surcaj air lebih100%_*

1. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng nampaknya terus memberi tekanan hidup dan membebankan rakyat Pulau Pinang. Kali ini beliau buat kali ke - 4 dalam tempoh 9 tahun telah menaikkan surcaj pemulihan air (SPA) daripada 48 sen kepada RM 1. (Rujuk : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/23/pulau-pinang-naik-surcaj-air-domestik-elak-pembaziran/ )




2. Tindakan tidak bertanggungjawab Lim Guan Eng ini sudah semestinya memberi tekanan kos sara hidup kepada rakyat Pulau Pinang yang kini dibebani dengan harga rumah yang melampau tinggi, kos barang keperluan asas yang mahal serta kini harga air pula naik hampir 100%.

3. Ketika zaman pentadbiran BN, tidak ada langsung kenaikkan harga air untuk tempoh 15 tahun iaitu dari tahun 1993 - 2008. Malangnya, ini merupakan kenaikkan ke - 4 harga surcaj air sepanjang tempoh 9 tahun pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang. 

4. Persoalan sekarang : 

_a). Adakah kerajaan negeri sudah bankrap sehingga perlu menaikkan surcaj air dan terus menindas rakyat Pulau Pinang?_

_b). Mana pergi semua wang berbillion ringgit yang kerajaan negeri dapat dari menjual tanah - tanah milik kerajaan negeri kepada developer - developer besar?_

5. Ini membuktikan kerajaan negeri dibawah *pentadbiran Lim Guan Eng telah GAGAL* dalam menguruskan hal ekonomi negeri Pulau Pinang. Kegagalan polisi ekonomi Pulau Pinang ini akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang dengan kenaikkan surcaj air yang tidak masuk akal. 

6. Nasihat saya kepada rakyat Pulau Pinang, pada Pilihan Raya Umum yang akan datang kalau masih mahu terus harga surcaj air dan semua perkara di Pulau Pinang dinaikkan. Terus lah beri undi kepada DAP. Bukan sahaja bukit akan botak di Pulau Pinang, tidak lama lagi rakyat pun akan botak dikerjakan oleh Lim Guan Eng. 

*Terima Kasih*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget