KL CHRONICLE: PM @NajibRazak tegur perkhidmatan KTM Berhad, mahu SPAD pantau dan hantar laporan secepat mungkin

Thursday, March 2, 2017

PM @NajibRazak tegur perkhidmatan KTM Berhad, mahu SPAD pantau dan hantar laporan secepat mungkin


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terutamanya mengenai perkhidmatan ETS dan sistem pembelian tiket online yang seringkali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang - kadang tidak boleh diakses. Bagi memastikan masalah ini diselesaikan, Perdana Menteri telah mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memantau dan melaporkan terus kepada beliau secepat mungkin jika masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. 



Memetik kata - kata Perdana Menteri:

“Saya terima banyak komen dan maklum balas ketidakpuasan hati pengguna dengan perkhidmatan KTM Berhad, salah satunya mengenai ETS dan sistem pembelian tiket online (dalam talian) yang sering kali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang-kadang tidak boleh diakses.

“Ini bukan perkara sukar untuk diatasi, tidak patut berlaku di zaman teknologi hari ini,” kata perdana menteri.

Bagi kami di #KLChronicle, isu di KTMB ini sepatutnya harus diselesaikan oleh pihak pengurusan KTMB dengan pantas dan bukan sehingga memerlukan teguran dari Perdana Menteri. Apabila Perdana Menteri telah menegur KTMB secara terbuka, ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan KTMB telah gagal dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat sehingga perkara ini telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. 

Namun, kami juga ambil maklum bahawa Perdana Menteri telah meminta SPAD untuk memantau dan melaporkan terus kepada beliau secepat mungkin tentang isu ini. Ini menunjukkan Perdana Menteri mempunyai kepercayaan penuh terhadap SPAD sebagai sebuah Suruhanjaya yang terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri. Ia juga membuktikan keyakinan Perdana Menteri bahawa SPAD "can get things done" demi kemudahan serta kesejahteraan rakyat di negara ini. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget