KL CHRONICLE: Enam anak muda bertuah dipilih sertai Program "Young LPT Enthusiasts" anjuran SPAD

Tuesday, March 28, 2017

Enam anak muda bertuah dipilih sertai Program "Young LPT Enthusiasts" anjuran SPAD


Tahniah kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah berjaya menganjurkan satu sesi interaksi bersama "Young LPT Enthusiasts. yang bermula dari 20 Mac sehingga 22 Mac 2017 dan melibatkan enam (6) orang anak muda yang bertuah dari seluruh negara. 




Untuk makluman pembaca, kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pentadbiran Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak kini sangat agresif dalam mentransformasikan pengangkutan awam darat di negara ini. SPAD pula dibawah kepimpinan Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar telah menjalankan tugas yang baik dalam mengawal selia dan memantau segala program transformasi ini bagi memastikan ianya siap "On Time, On Budget and On Schedule". 


Memandangkan terdapat banyak projek kerajaan dalam industri pengangkutan awam darat negara, sesi "Young LPT Enthusiasts" ini dianjurkan untuk memberikan peluang kepada anak-anak muda untuk mengenali dengan lebih mendalam kerja dan usaha di sebalik tirai bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam darat negara. 


Bagi kami di #KLChronicle, program yang dianjurkan oleh SPAD ini memang baik kerana ini memberi peluang kepada anak muda melihat sendiri projek - projek kerajaan dan sekaligus membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang selama ini bahawa kerajaan tidak memberi fokus kepada pengangkutan awam darat merupakan satu fitnah dan pembohongan semata - mata. 



Apa harapan kami adalah anak - anak muda ini berkongsi pengalaman mereka bersama rakan - rakan dan sekaligus menjadi agen menyampaikan maklumat yang sahih berkaitan SPAD dan segala program Transformasi Pengangkutan Awam Darat kepada orang awam. Peluang yang enam orang anak muda ini terima merupakan satu peluang yang sangat berharga dan diharap mereka guna sebaik mungkin.

Keep up the good work boys!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget