KL CHRONICLE: @weekasiongmp : Kerajaan BN telah peruntukan RM 565 juta untuk sekolah Cina sejak tahun 2009

Monday, February 27, 2017

@weekasiongmp : Kerajaan BN telah peruntukan RM 565 juta untuk sekolah Cina sejak tahun 2009


Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sebanyak RM 565 juta ringgit kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dibawah skim Pakej Rangsangan Ekonomi.  Angka ini telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. 



Menurut Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, sehingga hari ini terdapat 1,298 SJKC di seluruh negara termasuk 884 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) SJKC yang telah menerima bantuan dari dana RM 565 juta ini. Di Johor sahaja, dari tahun 2009 sehingga 2016 jumlah keseluruhan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan adalah RM 69. 1 juta dimana fokus bantuan adalah merangkumi penyelenggaraan infrastruktur sekolah. 

Buat masa ini, kerajaan memberikan keutamaan kepada bangunan sekolah yang perlu diperbaiki, terutamanya yang memerlukan penyelengaraan segera. Ini supaya keselesaan pelajar tidak terganggu dan mereka boleh memberi lebih fokus kepada pembelajaran mereka. Bagi kami di #KLChronicle, sikap kerajaan yang memberikan bantuan beratus juta kepada SJKC membuktikan kerajaan telus dalam membantu SJKC mencapai kecemerlangan. 

Fitnah - fitnah jijik pihak pembangkang, terutamanya DAP yang mengatakan kerajaan BN mengabaikan SJKC adalah tidak berasas sama sekali dan merupakan satu fitnah yang jahat. Sejak 2009, hampir separuh billion ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk SJKC dan kami yakin perbelanjaan ini akan tetap berterusan. Ini kerana kerajaan BN merupakan satu kerajaan yang bertanggungjawab dan akan terus menjaga semua kaum di negara ini. 

Akhir sekali, kami merayu kepada masyarakat Cina untuk kembali mengundi Barisan Nasional. Kerajaan BN telah membuktikan keikhlasan mereka dengan terus menjaga masyarakat Cina walaupun pada PRU 2008 dan 2013 dengan jelas masyarakat Cina telah menolak kerajaan BN dengan mengundi pihak pembangkang. Namun, BN sebagai parti serta kerajaan yang bertanggungjawab terus memainkan peranan membangunkan negara dan menjadi sebuah parti yang inklusif kepada semua pihak. 



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget